Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Permohonan jadi calon Pilihan Raya Presiden dibuka

Jun 12, 2023 | 12:00 PM



Permohonan bagi Pilihan Raya Presiden dibuka pada Selasa, 13 Jun, sekali gus membuka laluan bagi pemilihan seorang Presiden baru.

Bakal calon yang ingin bertanding perlu membuat permohonan bagi Sijil Kelayakan serta mengemukakan Pengisytiharan Tergolong Dalam Masyarakat.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, Jabatan Pilihan Raya (ELD) berkata permohonan akan ditutup pada hari kelima selepas Writ Pilihan Raya dikeluarkan.

Dengan Sijil Kelayakan, Jawatankuasa Pilihan Raya Presiden (PEC) akan mengesahkan bahawa pemohon merupakan individu berwibawa, berkelakuan baik dan memiliki reputasi baik serta memenuhi syarat perkhidmatan relevan bagi sektor awam atau sektor swasta.

Diketuai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Encik Lee Tzu Yang, anggota lain PEC termasuk Pengerusi Penguasa Pengawalan Perakaunan dan Korporat (Acra), Encik Ong Chong Tee; anggota Majlis Presiden bagi Hak-Hak Kaum Minoriti, Profesor Chan Heng Chee; anggota Majlis Penasihat Presiden (CPA), Dr Chua Thian Poh; Hakim Kannan Ramesh serta Hakim Quentin Loh.

Menurut ELD, bakal calon digalak menggunakan perkhidmatan digital bagi calon di laman web ELD untuk menyiapkan borang permohonan bagi Sijil Kelayakan.

Borang itu perlu dicetak dan dikemukakan kepada ELD dengan dokumen sokongan tidak lebih lima hari selepas Writ Pilihan Raya dikeluarkan.

Tambahnya, ELD menggalak bakal calon mengemukakan permohonan bagi Sijil Kelayakan itu awal.

Pilihan Raya Presiden 2023 merupakan pilihan raya terbuka.

Selain membuat permohonan bagi Sijil Kelayakan kepada PEC, bakal calon juga harus mengemukakan Pengisytiharan Tergolong Dalam Masyarakat kepada Jawatankuasa Masyarakat untuk mendapatkan Sijil Pengesahan Masyarakat.

Ini bertujuan menentukan bila pilihan raya yang dikhaskan bagi masyarakat tertentu akan diadakan.

Pilihan Raya Presiden di sini akan diperuntuk bagi sesebuah masyarakat jika tiada presiden daripada masyarakat itu selepas lima penggal (30 tahun) berturut-turut.

Jawatankuasa Masyarakat dipengerusikan oleh Encik Edward D’Silva dan terbentuk daripada tiga jawatankuasa kecil bagi masyarakat Cina yang dipengerusikan Encik Teo Siong Seng, masyarakat Melayu yang dipengerusikan Encik Saat A. Rahman, serta masyarakat India dan masyarakat minoriti lain yang dipengerusikan Profesor Madya Narayanan Ganapathy.

Menjawab pertanyaan media tentang garis masa Pilihan Raya Presiden, ELD berkata jika Presiden baru masih belum dipilih hingga penggal Presiden yang sedang berkhidmat itu berakhir, Artikel 22N Perlembagaan menyatakan bahawa terdapat peruntukan bagi Pemangku Presiden sehingga Presiden baru dipilih.

Dalam satu ucapan pada 2017, Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, berkata tempoh Pemangku Presiden itu melaksana fungsi Presiden tidak seharusnya melebihi sebulan.

“Oleh itu, Pilihan Raya Presiden akan datang boleh diadakan pada bila-bila masa dari 13 Jun 2023 dan jika ia masih belum diadakan hingga tempoh akhir penggal Presiden yang sedang berkhidmat, ia harus diadakan tidak lama selepas itu,” ujar ELD.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >