Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Persatuan Ain lancar kempen galak Melayu jalani periksa barah

Penyertaan pemeriksaan barah masyarakat Melayu terendah di S’pura
Jul 30, 2023 | 04:22 PM



UNTUK menggalak lebih ramai orang Melayu menjalani pemeriksaan barah, Persatuan Ain buat kali pertamanya mengadakan sebuah kempen bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang peri penting pemeriksaan awal penyakit itu.

Kempen Kesan Awal, Barah Terkawal: Yok Screening! selama tiga bulan itu dilancarkan pada Ahad di Wisma Geylang Serai oleh Presiden Halimah Yacob, yang juga penaung persatuan tersebut.


Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persatuan Ain, Encik Md Yusof Ismail, berkata berdasarkan pemerhatian persatuan itu, kebanyakan pesakit barah datang mendapatkan perkhidmatannya hanya setelah penyakit barah mereka dikesan pada tahap lanjut tiga atau empat.

“Jadi ini memberi kami kesedaran bahawa sesuatu harus dilakukan. Kalau kita cakap tentang barah, ia tidak ada pencegahan tetapi apa yang kita boleh lakukan ialah mengesannya dari awal dengan menjalani pemeriksaan awal dan mengurangkan risiko ia merebak,” ujar beliau.

Menurut beliau, pemeriksaan barah diberi subsidi yang tinggi oleh pemerintah sehingga ada yang percuma atau serendah $5 sahaja. Malah, mereka yang masih tidak mampu membayar kos pemeriksaan itu boleh ke Persatuan Ain bagi mendapat bantuan kewangan, tambahnya.

Dalam ucapannya di pelancaran itu, pengerusi jawatankuasa fungsi perundingan yang juga bendahari Persatuan Ain, Dr Arif Uzair Mohamad Roslan, berkata kadar penyertaan pemeriksaan barah masyarakat Melayu adalah yang terendah dalam kalangan masyarakat Singapura.

Tinjauan Kesihatan Penduduk Nasional (NPHS) 2021 menunjukkan dalam kalangan penduduk berusia 50 hingga 74 tahun yang menjalani pemeriksaan barah kolorektal, atau usus besar, pada 2021, hanya 25.5 peratus adalah orang Melayu, berbanding 38.6 peratus orang Cina dan 29.6 peratus orang India, ujar beliau.

Kadar orang Melayu yang menjalani pemeriksaan bagi barah serviks dan payu dara juga paling rendah.

“Sudah tiba masanya kita mengambil tanggungjawab dan langkah lebih proaktif bagi kesihatan kita. Menjalani pemeriksaan tepat pada waktunya dan secara tetap mungkin sukar, tetapi pengesanan awal bukan boleh menyelamatkan nyawa sahaja, malah menjimatkan wang dan masa bersama orang tersayang,” kata Dr Arif Uzair.

Pelbagai reruai diadakan di Wisma Geylang Serai sebagai sebahagian acara pelancaran kempen tersebut. Lebih 600 pengunjung ke pelancaran itu dapat mengetahui tentang perkhidmatan yang ditawarkan Persatuan Ain, pemeriksaan pelbagai jenis penyakit barah, dan mendaftar untuk menjalani saringan.

Mereka juga mendengar perbincangan panel mengenai pelbagai topik, antaranya kepentingan pemeriksaan barah, salah tanggap berkaitannya, dan peri penting kekal aktif bagi mengurangkan risiko barah.

Sepanjang tiga bulan semasa kempen itu, Persatuan Ain akan mengadakan pameran bergerak untuk meningkatkan kesedaran tentang pemeriksaan barah di masjid dan pertubuhan Melayu/Islam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >