Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Persatuan Muhammadiyah gesa pemimpin dunia capai huraian henti keganasan

Oct 18, 2023 | 05:03 PM



Persatuan Muhammadiyah meluahkan rasa kesal menyaksikan gejolak keganasan yang bertambah teruk di rantau Timur Tengah yang telah menyebabkan ramai nyawa tidak bersalah terkorban, terutama kanak-kanak, wanita dan warga emas.

Justeru, ia menggesa pemimpin dunia yang berpengaruh untuk bersikap tulus dalam menjalankan usaha ke arah mencapai huraian yang mampu menghentikan keganasan yang berpanjangan itu, kata persatuan itu dalam satu kenyataan pada Rabu.

“Amat penting bagi pemimpin dunia, terutama sekali mereka yang agak berpengaruh, untuk menjalankan usaha tulus ke arah mencari huraian yang dapat menghentikan konflik dan keganasan yang berlanjutan - dan pada masa yang sama mengelak sikap berat sebelah.

“Kami sedar akan kerumitan perkara ini, yang memerlukan perpaduan global dipandu nilai dan keutamaan yang betul.

“Bagaimanapun, di Muhammadiyah, kita berpegang teguh terhadap kepercayaan bahawa keamanan merupakan matlamat yang boleh dan perlu dicapai,” menurut kenyataan itu.

Persatuan tersebut meluahkan rasa kesalnya melihat begitu ramai yang terjejas dek keganasan yang “tidak mengenal agama” dan menjejas semua termasuk penganut Islam, Kristian dan Yahudi.

Konflik Israel-Hamas bertambah teruk dengan krisis kemanusiaan yang semakin mendalam di Jaluran Gaza disebabkan operasi ketenteraan Israel sebagai tindak balas terhadap serangan Hamas ke atasnya pada 7 Oktober.

Selama bertahun lamanya, Persatuan Muhammadiyah komited dalam usaha menjaga golongan kanak-kanak yang pernah didera, menyatukan keluarga yang berpecah belah dan menjaga warga emas.

“Secara semula jadi, keprihatinan kami turut meliputi kesejahteraan golongan yang lebih terdedah ini, terutama sekali mereka yang kini berada di Gaza.

“Sebagai orang Islam, kita terikat dengan ajaran Al-Quran dan Sunah untuk bersimpati dengan mereka yang kini menderita,” ujarnya.

Dalam masa sukar ini, persatuan tersebut menggalakkan umat Islam supaya menyalurkan bantuan melalui saluran yang boleh dipercayai dan membanyakkan doa mereka agar bantuan diberikan kepada mereka yang terjejas dan menderita.

Pada masa yang sama, umat Islam juga perlu terus menyebarkan ajaran Islam yang sebenar dengan tekanan terhadap kedamaian, belas kasihan, kebaikan dan keadilan serta mengelak dari sebarang tindakan atau kenyataan yang “boleh menimbulkan mudarat atau menjejas keharmonian.”

“Persatuan Muhammadiyah berpegang teguh kepada misi kami untuk memupuk masyarakat yang mempunyai kesedaran, taat dan suka berbuat kebajikan dan menyumbang secara aktif kepada usaha kedamaian, kemajuan dan belas kasihan di dunia ini,” menurut kenyataan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >