Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pilihan Raya Presiden 2023: Lebih 2.7j warga layak undi

Seramai 2,709,455 pengundi disenarai dalam Daftar Pengundi, kata Jabatan Pilihan Raya
Jul 20, 2023 | 07:09 PM



Daftar Pengundi telah diperakui dan boleh diperiksa awam mulai Jumaat, kata Jabatan Pilihan Raya (ELD) pada Khamis.

Seramai 2,709,455 pengundi kini berada dalam Daftar Pengundi, kata ELD dalam kenyataan media.

Warga Singapura boleh memeriksa butiran mereka secara elektronik menerusi Khidmat Pengundi, atau Voter Services, di https://www.eld.gov.sg/online.html di laman web ELD atau menerusi aplikasi Singpass.


Mereka yang tidak boleh memeriksa butiran secara elektronik boleh pergi ke lebih 100 kelab masyarakat dan pusat ServiceSG di serata Singapura untuk berbuat demikian.

Mereka juga boleh pergi ke pejabat ELD di Novena selepas membuat janji temu menerusi laman web ELD atau menghubungi talian 1800-225-5353.

Warga yang namanya telah dikeluarkan daripada daftar kerana tidak mengundi di pilihan raya lalu digalak memohon supaya nama mereka disertakan kembali dalam Daftar Pengundi dan layak mengundi di pilihan raya di masa depan.

Ini boleh dilakukan sebelum Writ Pilihan Raya dikeluarkan.

Bagi Pilihan Raya Presiden 2023, yang perlu diadakan sebelum 13 September – tarikh penggal enam tahun Presiden Halimah berakhir – Writ Pilihan Raya akan dikeluarkan oleh Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, untuk memberikan secara rasmi tarikh dan tempat bagi menamakan calon.

ELD tidak dibenarkan menyenaraikan semula nama pengundi dalam Daftar Pengundi dari saat ini sehingga Hari Penamaan Calon, jika pilihan raya tidak ditandingi, atau sehingga selepas Hari Mengundi jika lebih daripada satu calon bertanding bagi pilihan raya.

Dalam pada itu, warga yang berada di luar negara dan tidak dapat memeriksa butiran secara dalam talian boleh berbuat demikian di pejabat Suruhanjaya Tinggi, Kedutaan Negara dan pejabat Konsulat-Jeneral Singapura tertentu yang berkhidmat sebagai pusat pendaftaran di luar negara.

Menurut ELD, warga Singapura yang berada di luar negara perlu mendaftar sebagai pengundi luar negara untuk dibolehkan mengundi menerusi pos atau secara fizikal di 10 pusat mengundi di luar negara, seperti di Beijing, Canberra, Dubai, Hong Kong, London, New York, San Francisco, Shanghai, Tokyo dan Washington.

Ini termasuk warga Singapura yang telah mendaftar sebagai pengundi luar negara sebelum 1 Jun 2023 dan ingin terus mengundi di luar negara, kata ELD.

Warga Singapura di luar negara layak mendaftar sebagai pengundi luar negara jika telah menetap di Singapura sekurang-kurangnya 30 hari dalam tempoh tiga tahun sebelum mendaftar sebagai pengundi luar negara.

Menurut ELD, pendaftaran untuk menjadi pengundi luar negara dibuka sepanjang tahun tetapi, selaras dengan undang-undang, pendaftaran tidak akan diproses dalam tempoh tiga hari selepas Writ Pilihan Raya dikeluarkan sehingga Hari Penamaan Calon jika pilihan raya tidak ditandingi atau sehingga Hari Mengundi jika undian diadakan.

“Kami menggalak warga Singapura di luar negara yang layak supaya mendaftar awal sebagai pengundi luar negara jika mereka ingin mengundi bagi pilihan raya yang seterusnya,” kata ELD.

Tiga bakal calon telah melahirkan hasrat untuk bertanding di Pilihan Raya Presiden ini, termasuk bekas ketua pegawai pelaburan Perbadanan Pelaburan Pemerintah (GIC), Encik Ng Kok Song, yang mengambil borang pendaftaran di pejabat ELD pada Rabu.

Dua bakal calon lain ialah mantan Menteri Kanan, Encik Tharman Shanmugaratnam dan usahawan, Encik George Goh, yang mengumumkan hasrat mereka untuk bertanding pada Jun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >