Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: Apec mesti bersatu agar peralihan kepada tenaga bersih lebih pantas

Nov 17, 2023 | 09:27 PM



SAN FRANCISCO: Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec) boleh capai sasaran tenaga bersih dengan lebih pantas dengan mengerahkan model teknologi dan kewangan baru, kata Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong, dalam satu dialog tidak formal antara para pemimpin Apec mengenai isu kemampanan pada Khamis.

Terdapat manfaat besar yang boleh dilakukan secara bersama oleh ekonomi Apec bagi mempercepatkan kemajuan mengenai perubahan iklim, kata PM Lee kepada para pemimpin lain, yang berusaha untuk percepatkan penggunaan tenaga bersih sedang mereka kekalkan laluan ke arah pertumbuhan ekonomi mampan dan inklusif.

Negara Apec membentuk hampir 40 peratus daripada penduduk dunia dan 50 peratus Hasil Dalam Negeri Kasarnya (GDP), tapi menyumbang 60 peratus daripada pelepasan gas rumah hijau dan 65 peratus pelepasan karbon.

Berucap di puncak tahunan Apec itu, Encik Lee berkata melabur dalam teknologi baru yang sedang berkembang seperti hidrogen rendah karbon, merupakan satu cara.

“Tapi teknologi baru perlu dikerah secara berskala untuk menjadikannya lebih dimampui dan tiada ekonomi yang mampu lakukannya sendiri,” katanya sambil menambah bahawa Singapura sedang mendapatkan rakan untuk pertingkat rantaian bekalan bagi strategi hidrogen rendah karbonnya.

Hidrogen rendah karbon merupakan minyak yang dihasilkan dalam satu cara yang menghasilkan sedikit atau tiada pelepasan gas rumah hijau berbanding fosil konvensional yang berdasarkan hidrogen.

Menurut laporan The Straits Times, Encik Lee turut menekankan akan perlunya membangunkan pasaran karbon yang boleh dipercayai.


“Kita perlukan perundangan yang lebih jelas dan lebih harmoni, keperluan dan piawai yang patuh kredit karbon,” katanya.

Beliau juga menyarankan menggabungkan sumber bagi mengatasi kos tinggi peralihan tenaga bersih, dan akur bahawa Bank Pembangunan Asia telah menggarkan bahawa rantau ini memerlukan AS$1.7 trilion ($2.3 trilion) setahun dalam pelaburan prasarana bagi mitigasi dan adaptasi iklim sepanjang sedekad akan datang.

“Kita perlu dapatkan pembiayaan privet untuk melengkapi modal awam,” kata Encik Lee.

Beliau menambah bahawa Singapura sedang mendapatkan rakan industri, bank pembangunan berbilang dan dermawan untuk membangunkan satu kerjasama kewangan bagi memangkinkan modal projek hijau di Asia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >