Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

bola sepak

Pogba kurang sinar sekembali ke Juventus

Jul 12, 2023 | 02:46 PM



TURIN: Suasana di Juventus berubah pada satu petang Julai 2022.


Sebabnya, selepas enam tahun meninggalkan Turin untuk bermain di Manchester United, Paul Pogba mengumumkan beliau akan kembali bermain bersama Juventus.

Keesokan harinya, para peminat berkumpul di Pusat JMedical untuk menyambut kepulangan Pogba dan rakan sepasukan yang baru tiba, Angel di Maria, 34 tahun.

Sangka mereka, pengurus pasukan Massimiliano Allegri dan Pogba yang bermain di bahagian midfield akan mengembalikan kegemilangan Juventus di peringkat Eropah – sesuatu yang tidak dicapai Cristiano Ronaldo ketika menyarung jersi pasukan itu seketika.


Bagi para penyokongnya yang menggelarkan diri mereka ‘Pogback’, kembalinya pemain kegemaran mereka itu membawa kembali kenangan lama apabila Juventus menang empat kejuaraan domestik dan mencapai dua final Liga Juara-Juara pada 2015 dan 2017.

Pemain asal Perancis itu bermain dalam final 2015 bersama Juventus di sisi beberapa pemain handalan lain pasukan itu termasuk Andrea Pirlo, Claudio Marchisio dan Arturo Vidal.

Pengerusi Juventus pada ketika itu, Andrea Agnelli, bersama pasukannya diharap dapat merampas semula trofi Serie A yang lama mereka idamkan.

Namun 12 bulan kemudian, trofi yang diidamkan belum berjaya dijulang.

Ramai menganggap kembalinya Pogba bak nasib tidak baik untuk pasukan itu.

Beliau mengalami kecederaan pada lutut kanannya dua minggu selepas tiba untuk lawatan pramusim pasukan itu di Amerika Syarikat.

Meskipun dinasihatkan supaya menjalani pembedahan, Pogba memilih mendapatkan rawatan yang tidak begitu menjejasnya.

Ternyata ia satu kegagalan. Pembedahan yang sepatutnya beliau jalani pada September menyebabkan Pogba terlepas peluang bermain bersama Perancis dalam Piala Dunia di Qatar dan hanya dapat menyaksikan pasukan negaranya itu tunduk kepada Argentina dalam final.

Ketegangan otot yang dialami menyebabkan beliau tidak dapat menyertai Juventus sehingga 28 Februari dan beliau hanya dimasukkan sebagai pemain gantian semasa Juventus bertemu Torino.

Pogba kemudian digugurkan daripada pasukan Juventus semasa perlawanan Liga Europa bertemu Freiburg pada Mac akibat masalah disiplin.

Kemudian keadaan diburukkan lagi dengan kecederaan paha yang Pogma alami semasa beliau menjalani latihan mengambil tendangan percuma.

Selepas kembali cergas, beliau dapat pamerkan persembahan baik semasa Juventus menentang Atalanta dalam Serie A dan Sevilla dalam Liga Europa pada Mei dan akhirnya berjaya disertakan dalam kesebelasan utama.

Ia berlaku sekitar 390 hari selepas beliau mendapat kesebelasan utama bersama Manchester United ketika pasukan itu dibaham Liverpool 4-0 di Stadium Anfield pada 19 April 2022.

Apabila Juventus bertemu Cremonese pada 14 Mei di Stadium Allianz, ia merupakan malam yang sepatutnya membantu Pogba meletakkan masalah yang dihadapinya sebelum ini ke belakang.

Para peminat di stadium mengalu-alukan beliau kembali ke padang.P

ogba sempat menganggukkan kepalanya dan memandang ke arah rakan sepasukannya semasa regangan otot.

Selepas hanya 24 minit di padang, Pogba meraung kesakitan dengan air mata mengalir di pipinya semasa beliau keluar padang.

Seluruh stadium amat terperanjat dan para peminat tidak percaya dengan apa yang mereka lihat.

Mereka amat memahaminya, menerimanya semasa beliau masih remaja dan kemudian menjadi lebih matang serta menang kejuaraan bersama pasukan itu.

Sembilan bulan selepas diserbu para peminat di pusat perubatan Juventus, Pogba kembali ke sana namun kali ini tidak bermaya untuk mengambil swafoto.

Beliau disahkan mengalami kecederaan pada otot kakinya dan ini menandakan berakhirnya musim beliau dengan pasukan itu, dengan gaji tinggi berbanding para pemain Juventus lain – dianggarkan bernilai £56,000 ($97,061) seminit untuk musim kali ini. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >