Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis siasat petinju Sham Rahman sandang bendera asing masa pertandingan

Nov 07, 2023 | 05:59 PM



Polis sedang menyiasat satu laporan berkaitan seorang petinju yang didakwa menyandang bendera asing semasa satu pertandingan pada 28 Oktober.

Ini selepas satu video dimuat naik pempengaruh dan petinju tempatan Sham Rahman di Instagram pada 30 Oktober yang mendakwa beliau diminta untuk pergi ke balai polis bagi memberi kenyataan kepada pegawai siasatan, kerana menyandang bendera asing semasa pertandingan itu.

Menjawab pertanyaan wartawan Berita Harian (BH), polis mengesahkan ia telah menerima satu laporan dan siasatan sedang dilakukan.

Dalam video berkenaan, Sham berkata beliau diminta untuk pergi ke sebuah balai polis untuk memberi keterangan atas sebab beliau menyandang bendera tersebut semasa pertandingannya itu.

Menurut laman penganjur, acara itu yang diberi nama Snip & Jab: Fighting Cancer Together, merupakan satu pertandingan anjuran Legends Fight Sport dan NYO Studio yang bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap barah.

Pertandingan itu dikatakan berlangsung di sebuah bangunan komersial di Tampines Street 92.

“Pada 28 Oktober, bagi anda yang tidak tahu, saya telah menyandang bendera Palestin apabila saya hendak berjalan keluar selepas pertandingan tinju saya.

“Jadi seorang IO (Pegawai Siasatan) telah menghubungi saya agar memberi kenyataan,” kata Sham.

“Tiada apa-apa yang serius, sebab saya tidak menggalak kebencian atau keganasan atau sebarang perbuatan pengganasan. Saya cuma ingin menyampaikan kepada anda bahawa ia adalah satu kesalahan untuk mempamerkan bendera asing di Singapura.”

Sham mendakwa beliau memuat naik video itu kerana ingin mendidik orang ramai terhadap perbuatannya dan supaya orang ramai tidak meniru perbuatannya itu.

“Saya tidak mahu sesiapa meniru perbuatan saya. Saya tidak mahu sesiapa berjalan di luar dengan mengangkat bendera Palestin atau apa saja bendera lain,” ujarnya lagi dalam video itu.







Beberapa video aksi itu telah dimuat naik pengguna media sosial menerusi platform Instagram Stories dan kemudian dikongsi dalam platform forum perbincangan, Reddit.

Dalam satu video, Sham kelihatan mengangkat bendera berwarna hijau, merah, hitam dan putih itu ketika memasuki gelanggang sambil mendapat tepukan oleh penonton.

Selepas pertandingan itu, Sham dilihat sekali lagi berjalan keluar dari gelanggang dan tempat acara dengan menyandang bendera itu.




@muhammadalyazli

Fundraising Breast Cancer Event held on the 28/10/23(Sat) Sham Rahman (RBC) Vs Hafizan (SPARTAN) ROUND 1 @Rumbleman Boxing Club @shamrahman7

♬ original sound - MuhammadAlyazli_Matcha77 - MuhammadAlyazli



Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) pada Isnin dalam kenyataannya berkata, sebarang pameran atau pemakaian lambang negara asing berkait konflik Israel-Hamas tanpa permit adalah satu kesalahan.


Mereka yang disabit bersalah berbuat demikian boleh didenda sehingga $500 atau dipenjara sehingga enam bulan, atau kedua-duanya di bawah Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Undang-undang ini adalah sah bagi semua lambang asing, termasuk bendera atau sepanduk sebarang negeri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >