Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Tharman gariskan tumpuan utamanya sebagai Ketua Negara

Sep 14, 2023 | 09:30 PM



Presiden Tharman Shanmugaratnam mengangkat sumpah sebagai Presiden kesembilan Singapura pada Khamis, memulakan tempoh khidmatnya selama enam tahun.

Dalam ucapan yang disampaikan semasa Upacara Angkat Sumpah Presiden di Istana, Encik Tharman menggariskan beberapa perkara yang bakal diutamakan semasa tempoh khidmatnya itu.

MENYATUPADUKAN SINGAPURA

Masyarakat Singapura kini semakin matang dan lebih banyak kepelbagaian pendapat serta keutamaan dijangka.

Justeru, Encik Tharman menggesa agar warga Singapura memelihara perpaduan serta kepercayaan yang dibina dan mengelak daripada membiarkan perbezaan yang timbul memecahbelahkan masyarakat.

Sebagai Presiden, beliau berikrar akan bekerjasama dengan pemerintah, kumpulan kemasyarakatan, pertubuhan sukarelawan serta seluruh negara untuk memupuk masyarakat yang lebih inklusif.

“Presiden berada di luar politik, justeru, beliau boleh menjadi simbol negara dan lebih berkesan dalam menyatupadukan semua warga Singapura, tidak kira bangsa, agama atau perbezaan lain,” katanya.

Encik Tharman menambah, wujud ruang bagi Presiden memperjuang isu-isu tertentu yang dekat di hatinya dan beliau sendiri akan menyokong inisiatif tertentu yang berusaha ke arah masyarakat yang lebih hormat menghormati.

MEMELIHARA RIZAB

Jika timbul keperluan masa depan untuk menggunakan rizab negara dalam menghadapi krisis atau ancaman, perkara tersebut akan dipertimbang secara teliti.

Ini demi mencapai keseimbangan dalam memenuhi keperluan segera dan dalam memastikan rizab negara dapat dimanfaatkan generasi masa depan.

Mengulas mengenai tugas Presiden memegang kunci kedua rizab negara dalam ucapannya pada Khamis, Encik Tharman berkata beliau akan menilai secara “teliti dan bebas” ketika membuat keputusan berkaitan rizab negara.

“Covid-19 pastinya bukan krisis terakhir yang bakal kita hadapi, dan kita perlu mempersiap diri bagi menghadapi krisis lain dalam keadaan dunia yang bergolak dan semakin tidak menentu.


“Saya akan membuat penilaian teliti dan bebas berkaitan penggunaan kunci kedua rizab kita – sama ada dalam respons kita terhadap krisis akan datang, atau dalam memastikan Singapura kekal sebagai rumah yang selamat dan boleh didiami untuk jangka masa lebih panjang,” katanya.

MEMPERKUKUH KEPELBAGAIAN

Mengenai usaha memelihara kepelbagaian bangsa di Singapura, Encik Tharman berkata sebagai Presiden, beliau ingin menggalak lebih banyak interaksi antara masyarakat berbeza.

Ini akan dilakukan seiring dengan usaha memastikan budaya berbeza kekal semarak dan dinamik, kata Encik Tharman.

“Ini dapat dilakukan antaranya dengan menggalak belia kita supaya menyertai sukan yang buat masa ini disertai oleh kumpulan etnik tertentu, pelajari seni berbeza, atau menggalak kerjasama antara badan bantu diri dan pertubuhan masyarakat serta dewan perniagaan kita,” kata Encik Tharman.

MEMBINA MASYARAKAT INKLUSIF

Meskipun dasar pemerintah telah diubah dan dibentuk bagi membantu masyarakat Singapura lebih inklusif, ia tetap memerlukan semua anggota masyarakat memainkan peranan dalam membina budaya hormat menghormati serta empati.

Menekankan komitmennya untuk terus memastikan Singapura berusaha mewujudkan masyarakat yang lebih inklusif dan adil, Encik Tharman berkata beliau beriltizam mendorong pembentukan masyarakat sivil yang bertenaga.

“Kita perlu tingkatkan usaha mewujudkan lebih banyak inisiatif yang terdorong oleh tujuan tertentu untuk tumbuh.

“Daripada memupuk keyakinan dalam diri belia kurang bernasib baik, memberikan sokongan kepada mereka yang memerlukan peluang kedua atau ketiga, membantu mereka yang mengalami masalah kesihatan mental, hinggalah inisiatif kejiranan yang memberi sokongan terhadap penjaga kita dan mengurangkan risiko warga emas rasa kesepian,” ujarnya.

MEMPERJUANG KEPENTINGAN SINGAPURA DI PERINGKAT DUNIA

Di tengah-tengah ketidaktentuan global yang semakin meningkat, Singapura perlu mencari jalan untuk terus maju ke hadapan dengan memperjuang kepentingan nasional jangka panjangnya.

Ini memerlukannya mempertahankan prinsip yang dipegang dan bukan memilih untuk berpihak-pihak, kata Encik Tharman.

Sebagai Presiden, beliau beriltizam mewakili Singapura dan memperjuang kepentingan Singapura di luar negara, selaras dengan objektif serta keutamaan pemerintah, katanya.

“Saya akan memainkan peranan dalam mencerminkan nilai serta pandangan Singapura dan mempertingkat kedudukan Singapura dalam kalangan negara lain.

“Saya akan terus berusaha memperkukuh kerjasama sedia ada dan mencetus kerjasama baru,” ujar Encik Tharman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >