Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Profesor Ying dinobat Tokoh Wanita Her World 2023

Oct 13, 2023 | 09:45 PM



Sebagai seorang saintis, Profesor Jackie Yi-Ru Ying, memberi sepenuh tumpuan dalam meningkatkan mutu kehidupan merentas sektor termasuk sains bioperubatan dan teknologi pertanian.

Dengan lebih 200 paten utama dan permohonan paten di bawah namanya serta menjadi perintis dalam penggunaan nanoteknologi untuk kesihatan manusia, tidak hairanlah Profesor Ying, pengasas Lab NanoBio A*STAR, Pengasas Bersama Cellbae, dan Pengarah Eksekutif Pengasas Institut Kejuruteraan Bio dan Nanoteknologi (IBN), beliau malam tadi diiktiraf sebagai ‘Her World Woman of the Year’ 2023 atau ‘Tokoh Wanita Her World 2023’.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif YouTrip, platform kewangan mudah alih yang berpangkalan di Singapura, Cik Caecilia Chu, telah menerima anugerah ‘Her World Young Woman Achiever’ 2023 atau ‘Tokoh Wanita Muda Her World 2023’.

Menurut kenyataan SPH Media pada Jumaat, Majalah ‘Her World’ mengiktiraf sumbangan cemerlang para pemenang pada majlis makan malam gala yang diadakan di Hotel JW Marriott Singapore South Beach yang turut dihadiri Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu.

Profesor Ying, 57 tahun, dilahirkan di Taiwan tetapi warganegara Amerika Syarikat itu dibesarkan di Singapura dan New York, menjadi antara Profesor Penuh termuda di Institut Teknologi Massachusetts dalam bidang kejuruteraan kimia, ketika beliau berusia 35 tahun.

Pada 2003, ibu kepada seorang anak perempuan berusia 21 tahun itu telah kembali ke Singapura untuk membantu memulakan IBN.

Beliau yang merupakan seorang penduduk tetap di sini, telah dianugerahkan Hadiah Raja Faisal 2023, anugerah antarabangsa berprestij yang mengiktiraf ‘pencapaian cemerlang dalam perkhidmatan kepada Islam, pengajian Islam, bahasa dan kesusasteraan Arab, perubatan dan sains’, serta Anugerah Mustafa ‘Pencapaian Saintifik Tertinggi’ pada 2017, pengiktirafan sains dan teknologi yang berprestij untuk ulama dunia Islam.

Semasa dinobatkan sebagai ‘Tokoh Wanita Her World 2023’, Profesor Ying, berkata:

“Dibesarkan di sini, ia memang menjadi impian saya untuk kembali ke Singapura dan bekerja di sini. Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk menyumbang kepada pembinaan Biopolis, dan perusahaan penyelidikan bioperubatan.”

Beliau berkata, beliau ingin berkongsi anugerah ini dengan para kakitangan dan pelajar yang berdedikasi, di Lab NanoBio, IBN, dan syarikat terbitan. Beliau juga berterima kasih atas sokongan daripada pemerintah Singapura dalam usaha penyelidikan mereka.

Sementara itu, Cik Chu, 40 tahun dan sudah berumah tangga dengan dua anak, telah menyumbang kepada perkembangan YouTrip melangkaui industri pelancongan, dan membuat perubahan untuk perusahaan kecil dan sederhana tempatan dengan pelancaran YouBiz, platform pengurusan perbelanjaan berbilang mata wang pada 2022.

Cik Elizabeth Lee, Ketua Penyunting ‘Her World’ berbesar hati berkongsi lebih ramai wanita muda Singapura menceburi bidang sains dan teknologi dan mampu bersaing dalam bidang yang biasanya dikuasai lelaki.

Majlis anugerah ‘Her World Women of the Year’ 2023 dianjurkan oleh SPH Media, dengan sokongan daripada rakan kongsi rasmi Cle de Peau Beaute dan The Hour Glass, serta rakan kongsi sokongan Qualcomm.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >