Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Projek $2.5b perbaharui laluan MRT Utara-Selatan, Timur-Barat bakal siap Dis

Oct 25, 2023 | 02:38 PM



Satu program bernilai $2.5 bilion untuk memperbaharui laluan MRT Utara-Selatan (NS) dan Timur-Barat (EW) dijangka siap menjelang Disember 2023.

Projek yang bermula pada 2012 itu bertujuan untuk menaik taraf laluan MRT Utara Selatan dan Timur Barat yang telah menjangkau usia 35 tahun.

Sehingga kini, empat daripada enam sistem terasnya telah dinaik taraf.

Ini termasuk menggantikan penyokong landasan atau sleeper kayu dengan konkrit, menukar landasan ketiga yang membekalkan kuasa kepada kereta api, menaik taraf sistem isyarat dan memperbaharui sistem kuasa.


Dua lagi sistem teras projek tersebut adalah penggantian sistem litar landasan dan penggantian kereta api lama.

Sistem litar landasan akan diganti sepenuhnya menjelang Disember, manakala tujuh daripada 106 MRT tren baru yang ditempah telah mula beroperasi. Tren MRT yang lain akan beroperasi menjelang 2026.

Laluan Utara-Selatan adalah laluan MRT pertama Singapura. Ia mula beroperasi pada November 1987, dan pada mulanya, menghubungkan Yio Chu Kang dan Toa Payoh.

Laluan Timur-Barat pula bermula pada Disember 1987 sebagai sebahagian Laluan Utara-Selatan, menghubungkan stesen City Hall dan Outram. Menjelang 1990, Laluan Timur-Barat telah diperluaskan ke stesen Boon Lay di bahagian barat.

Kedua-dua laluan tertua itu telah mencatatkan lebih 1 juta purata kilometer (km) antara gangguan (MKBF) sejak 2019, berbanding 70,000 MKBF dan 60,000 MKBF masing-masing pada laluan Utara-Selatan dan Timur-Barat pada 2012.

Merentasi lebih 100km, kedua-dua laluan itu menyediakan khidmat pengangkutan MRT kepada laluan yang mempunyai paling ramai penduduk di negara ini.

Dalam ucapannya pada Rabu pagi di Depoh Bishan, Pemangku Menteri Pengangkutan, Encik Chee Hong Tat, memberikan penghormatan kepada kakitangan yang telah menjayakan program pembaharuan itu.

Beliau mengetengahkan Encik Krishnasamy Kotaraju, seorang jurutera bekalan kuasa yang telah berkhidmat dengan SMRT sejak 1988 dan bermula sebagai penolong jurutera penyelenggaraan yang bekerja dengan komponen analog.

“Beliau meningkatkan kemahirannya melalui pendidikan dan latihan berterusan, dan beralih kepada pasukan yang menyampaikan sistem bekalan kuasa baru, dilengkapi dengan keupayaan pemantauan keadaan masa nyata,” kata Encik Chee.

Kerja-kerja pembaharuan bekalan kuasa merangkumi penggantian 1,300km kabel kuasa, 250km kabel gentian optik dan beratus-ratus pengubah kuasa dan papan suis, katanya.

“Jumlah panjang semua kabel kuasa hampir enam kali panjang berbanding garis pantai Singapura,” katanya.

Encik Chee turut menambah bahawa sistem baru itu mempunyai pengesanan dan ramalan kerosakan masa nyata supaya pengendali boleh membetulkan sebarang masalah dengan cara lebih tepat pada masanya.

Dalam ucapannya, Encik Chee juga memberi penghargaan kepada pengurus projek kanan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), Encik Mohamad Ridhwan Abdul Lazim. Pasukannya bertanggungjawab menggantikan penyokong landasan dan landasan ketiga.

“Salah satu tugas utamanya ialah menyelaras penempatan peralatan dan kakitangan, dan memastikan kerja-kerja berjalan dengan selamat, sambil beroperasi pada waktu malam di mana daya penglihatan boleh menjadi satu cabaran,” ujar Encik Chee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >