Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tren, stesen MRT meriah dengan hiasan Deepavali

Oct 16, 2023 | 06:44 PM



Penumpang MRT akan dapat menikmati suasana penuh meriah dalam beberapa kabin kereta api serta stesen MRT tertentu yang dihiasi warna-warna serta elemen perayaan Deepavali mulai Isnin.

Hiasan tersebut, dilengkapi pertunjukan elemen-elemen perayaan penting bagi masyarakat Hindu juga menawarkan penumpang peluang mempelajari lebih mendalam mengenai sambutan ‘bercahaya’ itu.

Inisiatif itu adalah sebahagian program Move In Groove anjuran Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) yang bermatlamat mengubah ruang kereta api dan stesen MRT secara kreatif dan bagi menyediakan suasana lebih selesa bagi penumpang.







Hiasan Deepavali bagi stesen dan kereta api tahun ini disediakan menerusi satu kerjasama antara Persatuan Pegerai dan Warisan Little India (LISHA) dengan pengendali pengangkutan darat di sini, kata LTA dalam satu kenyataan di Facebook.

Ia dilancarkan Pemangku Menteri Pengangkutan, Encik Chee Hong Tat, pagi Isnin di Stesen Little India dalam satu majlis yang turut dihadiri penari dan penggiat seni dari Sekolah Rendah Zhonghua dan anggota keluarga mereka serta anggota dari Lisha.

LTA berkata hiasan tersebut disediakan dalam beberapa kereta api tertentu di semua laluan MRT; Laluan Utara-Selatan dan Laluan Timur-Barat (NSEWL); Laluan Timur Laut (NEL); Laluan Circle (CCL); Laluan Downtown (DLT) dan Laluan Thomson-East Coast (TEL).







Ia juga disediakan dalam bentuk mural di beberapa stesen MRT seperti stesen Great World di TEL; Outram Park di laluan NEL; stesen Little India di laluan DTL, Ang Mo Kio di laluan NSL; dan stesen Bedok, laluan EWL.

Antara elemen yang dipamerkan ialah rangoli, sejenis hiasan seni tradisional India yang menggunakan serbuk beras berwarna-warni dan selalunya disediakan di ruang masuk rumah.

Ia juga mempamerkan elemen burung merak yang sering digunakan sebagai hiasan rangoli itu.

Elemen lain termasuk diyas atau deepam, iaitu sejenis lilin tradisional, yang dinyalakan dan kemudian diaturkan dalam beberapa barisan pada waktu senja untuk memupuk perpaduan.


Penumpang juga dapat mengetahui lebih tentang kisah dan mitos Hindu di balik perayaan Deepavali, disediakan Pusat Warisan India dengan mengimbas kod QR yang tertera pada hiasan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >