Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PUB biaya hingga $5j projek kitar semula air mulai Julai

Jun 05, 2023 | 04:18 PM



UNTUK menggalak lebih banyak syarikat memantau penggunaan air mereka dan mengitar semula sumber terhad itu, agensi air negara PUB akan menaikkan pembiayaannya bagi projek mengitar semula air daripada maksimum $1 juta kepada $5 juta mulai 1 Julai.

Pembiayaan lebih tinggi itu antara beberapa cara Dana Kecekapan Air agensi itu akan mempertingkat pengurusan air mampan dalam sektor bukan domestik, yang dijangka membentuk lebih 60 peratus permintaan air Singapura menjelang 2065.

Sektor itu – yang termasuk bangunan pejabat, hotel dan kemudahan perkilangan – kini menggunakan 55 peratus daripada bekalan air negara ini. Permintaan air Singapura dijangka berganda menjelang 2065.

Dalam satu lagi perubahan mulai Julai, PUB akan membiayai 70 peratus usaha syarikat untuk mengenal pasti ruang menjimatkan air, dengan had $30,000. Pembiayaan bersama buat masa ini ialah 50 peratus.

Peningkatan Dana Kecekapan Air itu diumumkan Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, pada Isnin sewaktu pembukaan persidangan tiga hari Minggu Air Antarabangsa Singapura Spotlight (SIWW) 2023 di hotel Paradox Singapore Merchant Court.

Dalam ucapannya, Cik Fu berkata menaikkan had pembiayaan bagi projek kitar semula air berskala besar kepada $5 juta akan menggalak perniagaan menjalankan projek pemuliharaan air lebih besar dan bercita-cita tinggi.

PUB menambah bahawa pembiayaan yang dinaikkan itu akan juga membolehkan perniagaan memperbaiki tempoh yang diperlukan untuk mendapatkan semula pelaburan asal mereka.

Sebarang premis bukan domestik yang mencatat penggunaan air bulanan sekurang-kurangnya 1,000 meter padu layak menerima pembiayaan bagi projek kitar semula.

Projek yang dilaksana harus membawa kepada penjimatan air sekurang-kurangnya 10 peratus atau 6,000 meter padu air dijimat dalam setahun.

Cik Fu berkata: “Kami sentiasa meneroka cara untuk memaksimumkan pemulihgunaan dan penggunaan semula setiap titisan air. Air terpakai merupakan sumber berharga yang boleh dikitar semula tanpa henti untuk mengukuhkan daya tahan air kita.”

PUB juga menawarkan sokongan teknikal untuk membantu syarikat di sini mengenal pasti peluang penjimatan air dan memadankannya dengan pembekal teknologi.

Di samping itu, pembiayaan akan dinaikkan bagi kajian perintis projek penjimatan air oleh syarikat daripada $50,000 kepada $150,000. Ini akan memberi manfaat kepada perniagaan lebih kecil dan sektor kurang intensif air, tambah agensi itu.

Ditanya tentang cabaran yang mungkin dihadapi perniagaan dalam melaksana projek penjimatan air, pengarah jabatan rangkaian bekalan air PUB, Encik Ridzuan Ismail, berkata ruang merupakan keprihatinan utama bagi kebanyakan industri ini.

Akhir sekali, perniagaan yang berhasrat memulakan huraian inovatif untuk merawat dan memulih guna air tawar daripada air terpakai industri boleh juga mendapatkan lebih banyak pembiayaan daripada Dana Demonstrasi Huraian Air Perindustrian, apabila had dana itu dinaikkan daripada $4 juta kepada $5 juta.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >