Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pusat khusus bagi polis proses kes penderaan seksual kanak-kanak bakal dilancar

Jun 24, 2023 | 04:00 PM



Satu ruang khusus bagi Pegawai Penyiasat (IO) memproses Bahan Penderaan Seksual Kanak-Kanak (CSAM) akan dilancarkan secara rasmi pada Isnin, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF).

Dinamakan Makmal Penjaga Siber, ruang yang terletak di Kompleks Cantonment Polis itu memanfaatkan sinergi antara sistem berbeza yang digunakan dalam penyiasatan CSAM. Ia juga berfungsi sebagai ruang untuk menjaga kesejahteraan mental IO yang berurusan dengan CSAM.

Menerusi satu kenyataan pada Sabtu, SPF berkata ruang tersebut memberi akses kepada IO memanfaatkan alat penyiasatan seperti pangkalan data Eksploitasi Seksual Kanak-kanak Antarabangsa (ICSE) Interpol, program Kecerdasan Buatan (AI), perisian pemprosesan CSAM dan Kios Forensik Digital.

Kesemua itu ditempatkan dalam ruang khusus tersebut dan ini berupaya membantu pegawai menjalankan tugas mereka dengan lebih cekap, ujar SPF.

Memberi contoh, SPF berkata IO dapat memuat turun bahan daripada Kios Forensik Digital dan gunakan program AI untuk menapis bahan lucah.

Bahan tersebut kemudian boleh diproses menggunakan perisian pemprosesan CSAM untuk mengenal pasti CSAM yang telah dikesan sebelum ini.

Para IO kemudian boleh memuat naik CSAM baru ke pangkalan data ICSE Interpol agar penyiasat dari luar negara juga dapat mengakses maklumat itu.

Pegawai Penyiasat Kanan (SIO) di Cawangan Jenayah Khas (SCB) Jabatan Siasatan Jenayah (CID), Penolong Superintenden (ASP) Jane Chen, menjelaskan IO kini boleh memanfaatkan pelbagai alat penyiasatan di bawah satu bumbung.

ASP Chen, yang telah berkhidmat dengan SPF selama lebih sembilan tahun, berpengalaman menyiasat kes CSAM selama sekitar tiga tahun.

Dalam pada itu, SPF berkata IO juga boleh membincangkan tentang siasatan CSAM secara lebih sulit dan peribadi di ruang itu.

Secara tidak langsung, ini boleh mengurangkan risiko pegawai lain di pejabat yang mungkin terjejas dek sensitiviti terhadap pendedahan kepada CSAM, tambahnya.

ASP Chen berkata:

“Sebelum ini, IO memproses CSAM di kubikel pejabat mereka, di mana kami juga melaksanakan siasatan terhadap kes lain.

“Kini, Makmal Penjaga Siber menyediakan ruang khusus bagi kami memproses CSAM, dengan perbincangan dapat dibuat secara sulit dan peribadi.”

Menurut pakar psikologi Jabatan Perkhidmatan Psikologi Polis (PPSD), Cik Tiffany Danker, pendedahan kepada CSAM sememangnya boleh memberi tekanan dan mengakibatkan tindak balas dari segi fizikal dan emosi.

“Oleh kerana IO melihat bahan-bahan ini secara berterusan sebagai sebahagian daripada tugas mereka, ia mungkin mendedahkan mereka kepada risiko trauma sampingan (vicarious traumatisation).


“Ini berlaku apabila seseorang menerima pendedahan tidak langsung secara terus-menerus kepada bahan atau kejadian traumatik,” jelas beliau.

Oleh itu, ruang itu telah dilengkapi dengan ciri tertentu untuk mengurangkan kemudaratan disebabkan oleh CSAM pada kesejahteraan mental selain membina pengalaman pekerjaan positif, jelas SPF.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >