Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SUSULAN RAPAT HARI KEBANGSAAN

Raih pendidikan bermutu Tadika MOE walau kesempitan

Aug 22, 2017 | 05:30 AM



APABILA anak Cik Suriyati Saidi, Siti Hajar Rahmat, enam tahun, memasuki Tadika Kementerian Pendidikan (MOE) tahun lalu, dia pelajar pendiam dan sukar bergaul.



Namun, selepas setahun dan kini di Tadika 2, Siti Hajar menunjukkan kemajuan yang cukup memberangsangkan.



Dia kini bijak bercakap, jelas mengemukakan idea dan kerap bertanya, ujar Cik Suriyati, 43 tahun, tentang anak bongsunya itu.



"Malah, ada beberapa kali bukan sahaja dia berbual bahasa Inggeris dan Melayu dengan kami, malah bahasa Mandarin," ujarnya ketika dihubungi.



Menurut beliau, Siti Hajar tidak mengikuti pratadika dan terus memasuki Tadika 1.



Perbezaan ketara pada anaknya itu memang sesuatu yang sudah dijangka suri rumah itu apabila beliau memilih mendaftarkan anaknya di Tadika MOE.



Baginya, jenama MOE sahaja sudah mencukupi bagi memberinya keyakinan bahawa anak akan diberi pendedahan dan peluang pembelajaran baik lagi bermutu.



Beliau mendaftarkan Siti Hajar di Tadika MOE Sekolah Rendah Riverside, yang terletak hanya lima minit berjalan kaki dari rumahnya.



Secara kebetulan, anak sulungnya Saiful Alam Shah, 10 tahun dan kini di Darjah 4, juga belajar di sekolah sama.



"Jarak sekolah dari rumah juga antara faktor yang membuat saya memilih Tadika MOE," kata Cik Suriyati.



Menceritakan detik pertama membawa anak bongsunya ke Tadika MOE, beliau teringat bagaimana gembira anaknya dengan suasana sekolah tersebut.



"Pada awalnya, kami suami isteri agak khuatir. Meskipun jenama MOE dipercayai, kami khuatir sama ada kami dapat membiayai yuran sekolah ataupun tidak," katanya.



Suaminya, Encik Rahmat Mohamad, 44 tahun, buat masa ini baru sahaja sebulan diberhentikan kerja dalam sektor binaan. Beliau kini giat mencari kerja.



Dalam pada itu, Cik Suriyati juga bekas pesakit buah pinggang. Malah, beliau menerima derma buah pinggang daripada Encik Rahmat.



Anak kedua mereka, Arif Muhammad, lapan tahun, pelajar autistik di Persatuan Terencat Akal Singapura (Minds).



Mujur pelbagai subsidi dihulurkan kepada keluarga berpendapatan rendah sepertinya.



Cik Suriyati, yang menerima Skim Bantuan Kewangan Tadika (KiFas), hanya perlu membayar yuran $1.50 sebulan. Yuran sama juga dibayarnya bagi mendapatkan khidmat jagaan kanak-kanak sepanjang hari.



"Alhamdulillah saya rasa ini memang rezeki anak-anak. Saya bersyukur meskipun keluarga saya tidak begitu mewah dan sebelum ini kami juga sering berpindah-randah, anak saya tidak terkecuali mendapatkan pembelajaran yang baik dan bermutu di peringkat prasekolah," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >