Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

‘Rakyat S’pura perlu dilengkapi maklumat tangani risiko tekanan haba’

Jul 24, 2023 | 08:05 PM



Sedang dunia bersiap sedia menghadapi pemanasan global dan fenomena cuaca yang lebih ekstrem, adalah penting bagi rakyat Singapura dilengkapi dengan maklumat untuk membantu menguruskan risiko tekanan haba.

Demikian menurut Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, semasa pelancaran Panduan Tekanan Haba pada Isnin.

Panduan itu, yang dibentuk Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dan Khidmat Kaji Cuaca Singapura (MSS), diharap dapat membolehkan rakyat Singapura membuat pilihan termaklum dan merancang dengan lebih baik untuk melakukan kegiatan luar yang mengambil masa panjang.

“Singapura baru sahaja mencatatkan rekod suhu 37 darjah Celsius dalam tempoh dua tahun lepas,” kata Cik Fu.

Suhu itu menyamai rekod sebelumnya yang dicatat pada 17 April 1983. Ia juga adalah suhu tertinggi yang direkodkan untuk Mei, dan merupakan hari paling panas pada 2023 setakat ini.

“Oleh itu, kami kini ingin memberi lebih banyak maklumat kepada rakyat Singapura supaya mereka boleh membuat pilihan termaklum semasa mereka merancang kegiatan luar yang ingin mereka lakukan,” tambah Cik Fu.

Menurut panduan tersebut, tekanan haba dibahagikan kepada tiga tahap – rendah, sederhana dan tinggi. Ketiga–tiga tahap mempunyai kod berwarna – hijau untuk rendah, ambar untuk sederhana dan merah untuk tinggi.

Tahap tekanan haba itu boleh diakses melalui aplikasi myENV dan di laman web www.weather.gov.sg.

Ketiga-tiga tahap tekanan haba berdasarkan Wet Bulb Globe Temperature (WBGT), sebuah ukuran yang memantau keadaan cuaca secara langsung. WBGT adalah ukuran yang diiktiraf di peringkat antarabangsa yang mencerminkan faktor persekitaran menyumbang kepada tekanan haba.


Selain suhu udara, WBGT juga dipengaruhi oleh kelembapan, kelajuan angin, dan sinaran suria.

Penemuan WBGT diperoleh daripada sembilan pengesan yang terletak di seluruh negara. NEA, yang mengendalikan pengesan tersebut, merancang untuk memasang lebih banyak pengesan dalam tempoh dua tahun akan datang.







Cik Fu berkata panduan itu direka untuk orang biasa, jadi warga emas yang mempunyai keadaan perubatan, dan kanak-kanak kecil harus lebih berhati-hati.

“Jika anda hanya berjalan kaki dari rumah anda ke perhentian bas, mungkin tidak perlu mengikut Panduan Tekanan Haba. Tetapi jika anda merancang untuk berlari atau membawa keluarga anda berkelah, sila rujuk kepada panduan ini sebelum membuat keputusan.

“Dengan panduan ini, kita berharap dapat membimbing rakyat Singapura untuk membuat keputusan yang lebih bijak tentang langkah-langkah perlindungan yang perlu diambil ketika di luar rumah untuk masa yang panjang supaya mereka boleh melindungi diri sendiri dan keluarga,” tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >