Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Remaja perempuan akui peranan dera mangsa berkeperluan khas

Jun 12, 2023 | 07:58 PM



Seorang remaja perempuan, yang merupakan sebahagian daripada kumpulan yang mendera seorang belia berkeperluan khas berusia 19 tahun di sebuah bilik hotel, menjadi orang terakhir mengakui peranannya dalam mendera mangsa.

Dia merebus air di dalam cerek di depan salah seorang rakan subahat, Muhammad Shahfakhry Mohamad Faizal, yang kemudian menuang air itu ke bahagian belakang mangsa.

Mangsa didera berulang kali dari 17 hingga 25 Januari 2022, sebelum ditemui dalam keadaan kritikal. Dia kemudian dibawa ke hospital dan dirawat sekitar 10 hari.

Gadis itu, yang berusia 18 tahun minggu lepas, mengaku bersalah pada Isnin atas satu tuduhan menyerang dan penggunaan dadah.

Dia tidak boleh dinamakan kerana berusia 16 tahun apabila terlibat dalam serangan itu dan 17 tahun ketika menggunakan dadah (methamphetamine).


Mereka yang berumur di bawah 18 tahun dilindungi di bawah Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda.

Sementara itu, Shahfakhry, 22 tahun, pula dijatuhi hukuman penjara 5½ tahun pada Februari 2023 selepas mengaku bersalah atas dua tuduhan – bagi serangan dan kesalahan berkaitan dadah.

Pada 14 Sept 2022, seorang lagi anggota kumpulan itu, Putri Nuramira Aishah Rosli, ketika itu berusia 20 tahun, dijatuhi hukuman sekurang-kurangnya setahun latihan reformatif.

Seorang lagi remaja perempuan yang dikaitkan dengan penderaan mangsa telah dijatuhi hukuman sekurang-kurangnya setahun latihan reformasi pada Julai 2022.

Dia juga tidak boleh dinamakan kerana berusia 16 tahun pada masa kesalahan.

Dokumen mahkamah merujuk kepada remaja perempuan itu sebagai A2 manakala gadis yang disabit pada Isnin dikenali sebagai A1. 

Anak-anak muda di bawah latihan reformasi ditahan di pusat dan harus mengikuti regimen ketat, termasuk berbaris dan kaunseling.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP), Cik Selene Yap berkata pada 15 Jan 2022, Shahfakhry, Putri dan A2 berada dalam sebuah bilik di hotel butik Arton di Tyrwhitt Road dekat Lavender Street untuk mengambil dadah.

Mangsa kemudian menyertai trio itu di dalam bilik dan bermalam dua hari kemudian.

Antara 17 dengan 25 Januari 2022, Shahfakhry dan Putri terus mendera mangsa dengan menumbuk dan menendangnya.

A1 telah menyaksikan kesemua kejadian itu namun tidak melibatkan diri, malah telah merakam kejadian dera itu.

Trio itu berhenti mendera mangsa pada 25 Januari 2022 apabila menyedari keadaan mangsa yang teruk.

Menyusuli siasatan, polis menemui mangsa dalam bilik hotel bersama trio tersebut pada 26 Januari 2023 dan kemudian menahan mereka.

Mangsa dihantar ke Hospital Besar Singapura (SGH) untuk mendapat rawatan ekoran kecederaan, kelecuran dan luka-lukanya.

A1 ditangkap pada hari seterusnya namun kemudian dibebaskan.

Secara berasingan, A1 diberkas polis atas penggunaan dadah pada 11 Ogos 2022 di bilik hotel Studio M, Nanson Road berdekatan Havelock Road.

Pada Isnin, mahkamah meminta laporan untuk menilai kesesuaian bagi latihan reformatif dan probesen.

Rayuan dan hukuman dijangka pada 19 Julai ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >