Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rezeki jumpa makanan dibiar atas bangku taman di Punggol

Oct 13, 2023 | 06:29 PM



Rezeki jangan ditolak.

Demikian yang dialami seorang pengguna Tiktok typicalfxrhxn2.0 semasa pulang dari kerja pada Khamis (12/10) malam.


Daripada video yang dimuat naik oleh pengguna itu, atau lebih dikenali sebagai Encik Farhan, beliau mendapati ada beg plastik mengandungi makanan yang dibiarkan atas sebuah bangku di taman dalam kawasan Punggol.


Menurutnya, makanan tersebut masih panas apabila beliau menjumpainya.

Video tersebut turut memaparkan sekeping nota yang menjelaskan bahawa makanan dalam beg plastik tersebut belum dibuka dan ia merupakan pesanan yang dihantar secara salah oleh penghantar makanan Deliveroo.

“Tidak dapat menghubungi pelanggan. Silakan untuk mengambilnya,” menurut kata-kata dalam nota itu.

Daripada perbualan di video, Encik Farhan pada mulanya agak keberatan untuk mengambil makanan tersebut tetapi memutuskan membawa makanan tersebut pulang.

Menukil laporan Stomp, Encik Farhan menjelaskan bahawa makanan tersebut adalah dari gerai Tenderbest Makcik Tuckshop di Punggol East.

“Saya rasa sedih kerana saya terjumpanya tetapi penghantar makanan tersebut baik hati dan tidak membazir makanan.

“Saya bersyukur dan berterima kasih dengan penghantar makanan itu,” tambah beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >