Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

RI perlu terus sifat inklusif, tarik pelajar pelbagai latar belakang

May 28, 2023 | 03:18 PM



INSTITUSI Raffles (RI) perlu terus menonjolkan sifat inklusif, memberi harapan dan peluang kepada semua pelajar tidak kira latar belakang atau keadaan keluarga mereka, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Encik Lee menekankan betapa penting untuk mempunyai kepelbagaian dalam kalangan pelajar memandangkan terdapat faktor sedia ada yang boleh membawa kepada perpecahan seperti bangsa, bahasa dan agama serta yang baru seperti status sosioekonomi atau tempat kelahiran.

“Justeru RI patut mengekalkan etos sekolah yang menggalak pelbagai bakat untuk mempertimbang belajar di RI, tidak kira sekolah rendah mereka, atau keadaan keluarga mereka.

“Terdapat banyak pilihan sekolah yang baik di Singapura, dan memasuki RI hanya satu daripada banyak laluan ke arah pendidikan yang baik.

“Tetapi RI patut berusaha gigih menarik pelajar baik untuk sertai sekolah tersebut, dan tiada pelajar yang berpotensi patut terhalang daripada ke RI kerana beliau tidak mampu membayar yuran atau merasakan beliau tidak dapat menjadi sebahagian daripadanya,” kata Encik Lee.

Beliau berkata demikian dalam ucapan yang disampaikan di Singapore Expo pada Ahad sewaktu hari pengasas sempena ulang tahun ke 200 institusi itu. Ucapan Encik Lee disampaikan Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing.

Potensi pembelajaran, menurut Encik Lee, dapat dicapai apabila terdapat campuran baik pelajar di sekolah kerana ia membolehkan semua orang menghargai perspektif berbeza selain mempelajari daripada pelajar lain yang mempunyai latar belakang mahupun pengalaman hidup berbeza.

Menggariskan bidang lain yang dapat membantu RI untuk terus menegakkan etosnya dan terus cemerlang serta berkhidmat kepada Singapura, Encik Lee menggesa pelajar agar menonjolkan kecemerlangan sepanjang kehidupan mereka, tidak kira dalam bidang akademik atau kokurikulum.

Encik Lee berkata walaupun ketegangan geopolitik dan kemajuan teknologi mendatangkan cabaran kepada mata pencarian warga Singapura, ia juga boleh wujudkan peluang baru.

“Untuk merebut peluang ini dan melakukan sesuatu yang inovatif, Rafflesians patut mengekalkan etika kerja yang kukuh dan semangat kecemerlangan yang anda telah bangunkan sewaktu masa anda di RI,” jelasnya.

Encik Lee juga mencabar pelajar agar mentakrifkan kecemerlangan bukan sahaja menerusi pencapaian peribadi, tetapi juga sumbangan kepada masyarakat.

Beliau turut mengingatkan pelajar bahawa pencapaian mereka bukan sahaja hasil usaha mereka sendiri, tetapi juga disebabkan seluruh sistem Singapura yang memberi peluang kepada pelajar untuk memenuhi potensinya.

“Apa pun laluan dalam kehidupan yang anda pilih setelah tamat pengajian dari RI, anda perlu memelihara misi merintis itu untuk kebaikan yang lebih luas,” tambahnya.

Untuk meneruskan legasi generasi sebelumnya, RI perlu memenuhi misinya iaitu membangun pemimpin dan perintis generasi seterusnya yang menonjolkan semangat egalitarianisme bagi bakat pelbagai, kecemerlangan dalam setiap bidang, dan khidmat dalam pelbagai domain.

Dengan cara ini, RI dapat terus memainkan peranan penting untuk membantu Singapura membangun menjadi tempat yang penuh dengan peluang buat anak-anak bagi tahun-tahun akan datang, katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >