Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BOLA SEPAK

Risiko mohon biasiswa dalam kategori prestasi tinggi berbaloi

Jul 24, 2023 | 05:30 AM



Sokongan daripada ibu bapa menjadi dorongan utama, Dhaniyah Qasimah Zamri Abdullah, untuk melakukan yang terbaik.

Beliau yang sedang mengimbangi antara sekolah dengan sukan mengakui bahawa ia bukanlah sesuatu yang mudah.Ia menuntut disiplin, komitmen dan daya tahan. Namun, usahanya tidak sia-sia.

Kini, Dhaniyah merupakan antara penerima biasiswa Yayasan Olimpik Singapura (SOF)-Peter Lim.

Dhaniyah, 18 tahun, bermain untuk pasukan senior wanita dan sudah memiliki 24 ‘caps’ – anugerah yang diberi seorang pemain bagi setiap kemunculan rasmi bagi pasukan kebangsaan.

Beliau yang hanya dapat tahu tentang penganugerahan biasiswa itu tahun lepas, telah disuruh ibunya untuk menghantar permohonan bagi kategori ‘prestasi tinggi’.

Dhaniyah berkata, keputusannya untuk memohon di bawah kategori prestasi tinggi ini merupakan satu risiko kerana permohonan itu bermakna beliau tidak akan dapat melayakkan diri untuk biasiswa peringkat pengajian tinggi, yang menawarkan kadar penerimaan lebih tinggi.

Murid tahun ketiga jurusan pengurusan sukan dan kesihatan di Politeknik Nanyang itu mengakui sukan bola sepak di Singapura jarang mendapat pingat dan ia mungkin menjadi penghalang baginya untuk mendapat biasiswa itu.

Namun, berkat usaha dan disiplin yang Dhaniyah tunjukkan berjaya mendapat pengiktirafan yang sepatutnya. 

Selepas menghantar permohonan bagi biasiswa tersebut dalam kategori prestasi tinggi, Dhaniyah dijemput untuk sesi temu duga melalui wadah perhubungan jarak jauh, Zoom, pada April kerana sedang berlatih di luar negara.

“Biasiswa ini dapat membantu menampung kos peralatan seperti but, jersi dan juga stoking. Stoking ‘grip’ saya agak mahal. Saya juga dapat gunakan wang untuk membeli makanan dan minuman prasenaman. 

“Selalunya, makanan dan minuman prasenaman hanya boleh diambil pada hari-hari latihan. Sekarang, dengan biasiswa itu, saya boleh membeli untuk penggunaan tersendiri. Saya juga dapat menampung kos harian saya, termasuk perkara seperti pengangkutan,” kata Dhaniyah.

Dhaniyah yang merupakan seorang jurulatih bola sepak mula menceburi sukan ini seawal usia tujuh tahun dan memasuki pasukan kebangsaan semasa berusia 11 tahun.

“Saya teruja kerana mendapat biasiswa ini dan akan menggunakannya untuk membantu saya menjadi pemain bola sepak yang lebih baik.

“Kini saya sedang berlatih untuk Sukan Asia dan beberapa lagi perlawanan,” ujar Dhaniyah.

Apabila ditanya tentang perkara yang membantunya mendapat biasiswa ini, Dhaniyah tidak teragak-agak untuk memberi kata syukur kepada kedua-dua ibu bapanya:

“Mereka tidak pernah putus menyokong saya. Mereka tidak pernah memaksa saya. Namun, mereka sering memberi nasihat kepada saya untuk cuba sedaya upaya untuk mengimbangi pelajaran dan juga latihan saya.

“Sokongan mereka kepada saya tidak pernah berkurangan. Baru-baru ini, mereka terbang ke Palembang untuk melihat saya bermain. Saya hargai sokongan mereka.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >