Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

RSS Endeavour buka pintu sempena Navy@Vivo23

Nov 15, 2023 | 07:20 PM



Menyimpul tali bukan sekadar untuk mengikat, tetapi beberapa jenis simpulan ikatan ada implikasi pada keselamatan, kebolehpercayaan dan kemudahan.

Sekumpulan peserta daripada Program Penyerapan Pertahanan (DIP) Angkatan Laut Republik Singapura (RSN) belajar bahawa simpulan seperti ‘bowline knot’, ‘figure 8 knot’ dan ‘carrick bend’ penting semasa berlabuh, menunda kapal lain, bersiap sedia menghadapi ribut, atau menguruskan layar.







Di dalam bilik kawalan mesin pula, peserta DIP diajar bagaimana mengenal pasti kapal yang berlayar di perairan Singapura dan mengkategorikan jenis kapal yang ada. Proses ini memastikan bahawa tiada ancaman yang boleh menggugat keselamatan Singapura.

Program DIP yang disertai sekumpulan 22 peserta wanita di atas kapal tanki Endurance-class Landing Ship Tank (LST) RSS Endeavour atau RSS Endeavour di Pangkalan Tentera Laut Changi pada 13 hingga 14 November itu, mengandungi pelbagai aktiviti amali atau ‘hands-on’.


Program yang berlangsung semalaman itu mengajak peserta mempelajari keupayaan RSN, operasi yang disertai RSN dan bagaimana kapal perang RSN melindungi perairan Singapura. 

Terdapat juga peluang bagi peserta lain yang tidak termasuk dalam program DIP untuk turut ikut serta dalam aktiviti amali di atas RSS Endeavour selama sehari pada 13 November.


Ia adalah sebahagian daripada acara Navy@Vivo 2023 (NV23) yang kembali ke Vivocity tahun ini setelah empat tahun tidak dianjurkan. NV23 yang berlangsung pada 17 November hingga 19 November 2023 adalah percuma dan dibuka kepada awam dari 9 pagi hingga 9 malam.

Pengerusi Bersama Majlis Penasihat Perhubungan Masyarakat Dalam Pertahanan bagi Keluarga dan Masyarakat (Accord F&C), Cik Trina Liang, berkongsi: “Tahun ini kami telah mengembangkan program ‘bootcamp wanita’ untuk menyertakan program penyerapan pertahanan yang sebelumnya hanya berlaku bersama tentera darat.

“Kami turut menyertakan angkatan tentera laut supaya peserta wanita dapat memahami apa yang berlaku jika mereka menjalani perkhidmatan negara sebagai pegawai tentera laut”.

Peserta DIP juga dapat menyaksikan operasi ‘slip off’, yang mana RSS Endeavour, bertolak tepat pada 10.30 pagi. Ia mengambil masa 30 minit dan peserta dapat pelajari kawalan serta arahan yang diberikan oleh pegawai tentera laut untuk memastikan proses berjalan lancar.













Antara peserta yang turut mengikuti pelayaran RSS Endeavour di luar program DIP ialah Encik Muhammad Amsyar Sulaiman, 17 tahun, pelajar tahun pertama di Politeknik Ngee Ann (NP).


Beliau berkata: “Program ini di luar jangkaan saya. Saya tidak sangka dapat menggunakan mesin dan melihat ke dalam skrin di bilik kawalan tembakan”.

Walaupun masih berada di tahun pertama kursus Aeroangkasa, beliau telah menghantar borang permohonan untuk menganggotai RSN.

“Saya berpendapat bahawa menjadi tentera laut lebih menarik. Dengan memasuki RSN, saya boleh menolong dengan cara yang lebih bermanfaat.

“Pada mulanya, ibu bapa saya terkejut kerana mereka fikir saya mahu menyertai tentera udara kerana saya belajar tentang Aeroangkasa. Namun, kini mereka menyokong keputusan saya kerana ia akan menggembirakan saya,” kongsinya kepada Berita Harian.


Bagi para peserta yang memilih untuk tidak menginap di atas RSS Endeavour, mereka diberikan kesempatan menaiki kapal utiliti laju ke Marina South Pier. Kapal utiliti laju ini digunakan untuk mengangkut kakitangan, peralatan dan bekalan dari kapal ke pantai.


Program itu diakhiri dengan kapal tanki RSS Endeavour berlabuh di VivoCity Promenade sempena acara Navy@Vivo 2023 yang berlangsung pada 17 November hingga 19 November 2023.


Antara aktiviti yang tersedia adalah demonstrasi latihan fizikal oleh Unit Menyelam Tentera Laut menggunakan bot kembung, persembahan bertemakan tentera laut oleh Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) Central Band, dan persembahan daripada Syarikat Muzik dan Drama (MDC) SAF di VivoCity Amphitheatre.

Kanak-kanak juga boleh menikmati sesi bercerita di library@harbourfront.

Navy@Vivo23


  • Bayaran masuk: Percuma
  • Masa: 9 pagi hingga 9 malam, 17-19 November 2023
  • Progam yang disediakan:
  • Lawatan Kapal Tanki RSS Endeavour, Promenade, Vivocity
  • Shore Exhibition di Central Court, Vivocity, L1
  • Demonstrasi latihan fizikal oleh Unit Menyelam Tentera Laut menggunakan bot kembung dan persembahan oleh Syarikat Muzik dan Drama SAF di Ampitheatre, Vivocity, L3
  • Sesi bercerita bersama pegawai tentera laut di library@harbourfront



Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >