Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tentera laut S’pura, M’sia selesai jalani latihan dua hala Malapura

Sep 14, 2023 | 08:13 PM



Angkatan Laut Republik Singapura (RSN) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berjaya menamatkan edisi ke-31 latihan tentera laut, Latihan Malapura, pada Khamis.

Latihan itu bermula pada 5 September di Pangkalan Tentera Laut Lumut, Malaysia, dengan kru kedua-dua tentera laut melibatkan diri dalam pertukaran profesional, perancangan latihan dan aktiviti sukan.

Fasa laut latihan itu berlangsung di Selat Melaka dari 8 hingga 11 September dan menyaksikan kedua-dua tentera laut menjalankan latihan pertahanan udara, tembakan meriam dan pendaratan helikopter S-70B RMN di atas dek kapal frigat KD Lekiu TLDM.

Kededua pihak turut menjalankan latihan keselamatan maritim, komunikasi dan beberapa siri gerakan.

Semasa latihan selama 10 hari itu, RSN mengerahkan kapal frigat RSS Steadfast, korvet peluru berpandu RSS Valiant dan helikopter tentera laut S-70B.

TLDM pula mengerahkan kapal frigat KD Lekiu, korvet KD Lekir dan helikopter tentera laut Super Lynx.

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) juga mengambil bahagian dalam latihan tersebut dengan mengerah dua pesawat pejuang F/A-18D dan dua pesawat pejuang Su-30MKM.

Berucap pada majlis penutup latihan itu di Pangkalan Tentera Laut Changi – RSS Singapura, Komander Armada RSN, Kolonel Kwan Hon Chuong, menekankan kepentingan latihan dalam meningkatkan profesionalisme dan persahabatan antara kedua-dua tentera laut.

“Latihan Malapura telah menjadi satu ciri khas dalam latihan dua hala bagi RSN dan TLDM sejak 1984. Ia merupakan asas kepada hubungan dua hala antara tentera laut kita.

“Selama bertahun-tahun, apabila hubungan kami semakin erat, skop latihan juga telah berkembang untuk merangkumi siri yang lebih kompleks dan berbeza untuk mengukuhkan kerjasama antara kami di laut,” jelas beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >