Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Satukan warga S’pura, jaga rizab negara antara isi ucapan angkat sumpah

Sep 15, 2023 | 05:18 PM



Perdana Menteri

Ketua Hakim Negara

Hadirin yang dihormati

Tuan-tuan dan puan-puan

Saya berbesar hati dan dengan rendah hati dipilih sebagai Presiden Singapura yang kesembilan. Ini adalah undi keyakinan bagi masa depan Singapura, satu masa depan di mana kita maju bersama-sama dan mengukuhkan solidariti kita sebagai rakyat Singapura.

Menyatukan semua rakyat Singapura

Kita telah menjadi masyarakat berbilang bangsa yang bersatu padu dengan tahap kepercayaan dan perpaduan. Namun, tiada satu pun yang kita capai terjamin atau kekal sepertimana yang kita ketahui daripada arus perubahan di banyak negara. Pada masa yang sama, masyarakat kita semakin matang, jadi kita mesti menjangkakan kepelbagaian pandangan dan pilihan. Kita tidak boleh benarkan perbezaan kita memecah-belahkan kita.

Kini, kita mesti menumbuhkan rasa kebersamaan sebagai rakyat Singapura. Ia akan menjadikan kita masyarakat yang lebih baik apabila kita menghadapi dunia yang lebih bergelora.

Presiden sebagai Ketua Negara menduduki pejabat yang tidak berpihak dalam sistem pemerintahan kita. Oleh kerana Presiden berperanan di luar pertelingkahan politik, beliau boleh menjadi simbol negara dan berkesan menyatukan rakyat Singapura, tidak kira bangsa, agama atau perbezaan lain.

Presiden yang dipilih memegang tanggung jawab penjagaan penting di bawah Perlembagaan, memelihara rizab kita dan integriti Perkhidmatan Awam. Selain kuasa penjagaan tersebut, dalam kebanyakan perkara lain termasuk hubungan luar negara, Presiden bertindak atas nasihat Kabinet. Namun, dalam rangka kerja itu, terdapat ruang bagi Presiden mengambil kepentingan khusus dalam isu-isu tertentu atau memperjuangkan usaha-usaha yang dekat di hatinya.

Sebagai Presiden, dengan sokongan kukuh yang anda berikan kepada saya, saya berhasrat bekerjasama dengan Pemerintah, kumpulan masyarakat dan pertubuhan sukarelawan lain, dan seluruh negara untuk mengukuhkan kepelbagaian kaum, dan memupuk masyarakat yang lebih inklusif. Saya akan melakukan yang terbaik untuk menyokong inisiatif-inisiatif yang mengukuhkan rasa hormat bagi semua warga tidak kira latar belakang – rasa hormat itu adalah teras perpaduan Singapura.

Menjaga rizab negara dan perkhidmatan awam kita

Dalam melaksanakan kuasa veto saya ke atas rizab dan pelantikan perkhidmatan awam utama, saya akan berunding rapat dengan Majlis Penasihat Presiden dan berhati-hati dan tidak berat sebelah dalam penilaian saya.

Rizab negara kita telah dibina dengan menabung dengan bijak selama bertahun-tahun, terutama semasa fasa awal pembangunan ekonomi kita, di mana kita menikmati pertumbuhan kukuh dan lebihan belanjawan yang sihat. Ia kini menjadi sumber dan kelebihan yang sangat penting dalam menjamin masa depan kita.

Kita telah mengeluarkan rizab negara dua kali – yang pertama semasa Krisis Kewangan Global pada 2009 dan sekali lagi antara 2020 dan 2022, kali ini pada skala lebih besar untuk mengharungi wabak Covid-19. Malangnya, Covid-19 bukan krisis terakhir kita. Kita mesti mempersiapkan diri untuk menghadapi lebih banyak krisis dalam keadaan dunia yang tidak menentu.

Terdapat juga ancaman jangka panjang terhadap kewujudan Singapura dan kehidupan generasi masa depan. Perubahan iklim akan menjadi cabaran dunia, terutama bagi pulau yang rendah.

Jika timbul keperluan pada masa depan untuk menggunakan rizab bagi menangani krisis dan ancaman, kita akan mempertimbangkan perkara tersebut dengan teliti. Kita perlu mengimbangi memenuhi keperluan segera dengan memelihara rizab agar setiap generasi, sekarang dan masa depan, dapat meraih manfaat.

Saya akan berhati-hati dan bebas dalam membuat pertimbangan yang melibatkan penggunaan “kunci kedua” pada rizab kita – sama ada dalam bertindak balas terhadap krisis masa depan yang akan timbul dari masa ke masa, atau dalam memastikan Singapura kekal selamat dan boleh didiami dalam jangka panjang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >