Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekitar $500j dilabur dalam inovasi AI sejak 5 tahun lalu: Josephine Teo

Jun 14, 2023 | 05:55 PM



Pemerintah Singapura telah melabur sekitar $500 juta dalam kajian dan pembangunan kecerdasan buatan (AI) dalam tempoh lima tahun lalu.

Ini adalah sebahagian daripada usaha lebih besar yang pemerintah telah laksanakan untuk memanfaatkan AI demi kebaikan awam kata Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo, di persidangan masyarakat pembangun pertama penyedia perisian Jerman SAP di Singapura pada Rabu.

Pemerintah berharap dapat bekerjasama dengan sektor swasta untuk membawa manfaat inovasi AI kepada masyarakat, katanya.

Kajian daripada Kumpulan Rundingan Boston telah menunjukkan bahawa pelaburan sederhana dalam AI boleh menjana pertumbuhan pendapatan yang bermakna untuk syarikat, sambil memberi manfaat kepada pekerja daripada segi set kemahiran yang diperluas dan kepuasan kerja yang lebih besar, kata Cik Teo.

Beliau menambah: “Ini dengan syarat majikan mereka melabur dalam latihan dan reka bentuk semula pekerjaan mereka dengan sewajarnya untuk menggalak pertumbuhan kerjaya, kerana potensi AI untuk mengganggu pasaran buruh juga sangat besar.”

Dengan itu, pemerintah sedang menjalankan beberapa inisiatif dengan sektor swasta untuk memupuk bakat teknologi.

Satu contoh ialah program Latihan Diterajui Syarikat, yang telah melatih dan menempatkan lebih 2,600 individu dalam peranan AI dan analisis data.

SAP Labs Singapore, sebuah hab inovasi yang dilancarkan dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Ekonomi pada Mac 2022, merancang untuk mengambil dan melatih sekitar 200 karyawan yang berada di peringkat awal kerjaya dalam AI sepanjang tempoh dua tahun akan datang.

Kebanyakan peranan itu adalah untuk lulusan baru, yang akan melalui program peningkatan kemahiran untuk menjadi “bersedia secara profesional”, kata pengarah urusan SAP Labs Singapore, Encik Manik Saha.

Syarikat itu memberi tumpuan kepada lulusan daripada universiti tempatan, dan telah pun mengisi 50 jawatan dalam tempoh tiga bulan lalu.

“Saya tahu mutu yang kami dapat, dan saya yakin kami tidak perlu mencari bakat di luar negara,” kata Encik Saha.

Selain itu, inisiatif dermawan yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Schmidt Futures, akan membiayai hingga 110 zamil pasca-kedoktoran di Universiti Nasional Singapura (NUS) dan Universiti Teknologi Nanyang (NTU), umum Cik Teo di acara itu.

Zamil itu akan memberi tumpuan kepada penggunaan AI untuk mempercepatkan inovasi dalam sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >