Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekolah Tinggi Perempuan Nanyang juarai tenis Divisyen C buat kali pertama

Aug 18, 2023 | 03:35 PM



Apabila pasangan beregu tenis Isabelle Lim dan Inaaya Alam memastikan kemenangan 3-2 Sekolah Tinggi Perempuan Nanyang (NYGH) ke atas juara bertahan Sekolah Perempuan Methodist (MGS) pada Isnin, anggota pasukan mereka tidak dapat mengawal emosi.

Mereka terus berlari masuk ke dalam gelanggang untuk meraikan kemenangan bersejarah mereka itu, lapor The Straits Times.


NYGH merangkul kejuaraan tenis Divisyen C Sukan Sekolah Nasional buat kali pertama dalam sejarah selepas Isabelle dan Inaaya, kededuanya 13 tahun, menundukkan Jessica Lum dan Ho Ming Hui daripada MGS dalam perlawanan tiga jam yang tegang.

Kapten NYGH, Rachel Ng, dan anggota lain pasukanya menyaksikan dengan penuh debaran apabila keputusan terikat 2-2.

NYGH memenangi perseorangan kedua dan ketiga, sementara MGS memenangi perseorangan pertama dan beregu pertama.

Rachel, 14 tahun, berkata: “Mereka bertahan lebih dua jam di bawah terik mata hari. Kami amat risau semasa menonton perlawanan mereka.”

Isabell mengaku beliau mengalami tekanan semasa set penentuan.

“Kami tidak dapat menahan rasa gementar... kami berasa kami akan mengecewakan pasukan kami jika kami tewas.

“Kami tahu yang kami telah berlatih bersungguh-sungguh untuk ke peringkat akhir.

“Kami sering mengingatkan satu sama lain agar kekal sabar walaupun menghadapi tentangan hebat,” ujarnya.

Jurulatih NYGH, Tan Xu Teng, menyifatkan permainan pasangan itu sebagai “berani”.

Merujuk kepada set ketiga, jurulatih berusia 43 tahun berkata: “Pada masa itu, ia bukan tentang tenis sahaja, tetapi tentang ketabahan hati dan fikiran mereka...”

NYGH melangkah ke final sebagai ‘underdogs’, atau bukan pilihan.

Ini kerana MGS telah memenangi empat daripada lima trofi Divisyen C bagi kejuaraan perempuan, dan menewaskan NYGH 3-2 dalam pusingan awal pada 17 Julai.

Isabelle tidak menyertai perlawanan itu sementara Inaaya menyertai perlawanan perseorangan.

Namun, Tan mengambil keputusan menggandingkan mereka berdua bagi perlawanan peringkat separuh akhir, menentang Sekolah Perempuan Raffles (RGS) pada 1 Ogos.

Beliau menjelaskan: “Bagi beregu, di mana Isabelle secara am hanya perlu pertahankan ruang lebih kecil, beliau merupakan aset berharga bagi pasukan kami.”

Pasangan itu akhirnya kalah, walaupun pasukan mereka menang 3-2 ke atas RGS.

Walaupun tewas, Tan masih yakin pada mereka dan menamakan pemain sama dalam peringkat akhir.

“Kepercayaan saya terhadap mereka ditentukan oleh kesungguhan dan usaha mereka melakukan yang terbaik. Dalam hal ini, Inaaya dan Isabelle merupakan contoh baik,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >