Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

RENCANA

Semakin ramai bakat S’pura di UAE, masyarakat S’pura terbesar di Timur Tengah

Nov 14, 2023 | 05:30 AM



Semakin ramai warga Singapura kini bekerja dan bermastautin di Amiriah Arab Bersatu (UAE), yang mempunyai masyarakat Singapura terbesar di Timur Tengah.

Kini, sekitar 3,000 warga Singapura bermastautin atau bekerja di UAE dalam pelbagai bidang dari petrokimia hingga teknologi serta makanan dan minuman (F&B).

Dalam hal ini, Singapura boleh bangga sebagai negara kecil ia mempunyai bakat yang menyumbang kepada ekonomi global, kata Menteri Kedua Ehwal Luar, Dr Mohd Maliki Osman.

“Kita harus bangga kerana Singapura merupakan negara kecil, dan ramai rakyat Singapura berbakat ke mari untuk menyumbang kepada ekonomi UAE.

“Apa yang kita harapkan juga adalah pengalaman yang mereka timba akan dapat dibawa pulang ke Singapura satu hari nanti,” ujar Dr Maliki.

Beliau, yang juga Menteri di Pejabat Perdana Menteri, berkata demikian apabila ditemui Berita Harian di Dubai baru-baru ini.







Dr Maliki menyertai Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dalam lawatan rasmi pertama Encik Lee ke UAE pada Oktober lalu.

Dalam lawatan itu, Encik Lee dan Dr Maliki turut menemui warga Singapura yang tinggal atau bekerja di UAE dalam satu jamuan di Dubai.

Seramai 700 orang menghadiri majlis di Conrad Hotel yang turut menyajikan hidangan kegemaran warga Singapura seperti laksa, gado-gado dan sate.

Warga Singapura yang ditemui BH di jamuan itu rata-ratanya melihat semakin ramai warga tidak kira kaum yang bekerja di UAE sejak kebelakangan ini.







Antara yang menghadiri jamuan itu ialah Cik Nabilah Yusnaini Wahid, 36 tahun, yang bermastautin di Dubai sejak hampir sedekad lalu.

“Terdapat semakin ramai profesional muda warga Singapura dari pelbagai kaum yang ke Dubai sepanjang setahun lalu. Usia mereka antara 25 hingga 28 tahun.

“Golongan profesional muda ini tertarik dengan keterbukaan Dubai, tidak seperti 10 hingga 13 tahun lalu, di mana tidak ramai warga Singapura bukan Melayu/Islam yang yakin tinggal di Dubai atau UAE,” ujar Cik Nabilah, seorang pengurus operasi dalam bidang perkapalan.

Semasa berucap di majlis itu, Encik Lee berkata Singapura dan UAE telah memupuk hubungan mesra sejak bertahun-tahun lalu.

“Reputasi kami juga telah dibangunkan sejak sekian lama, yang saya harap anda dalam kehidupan seharian anda akan memperkukuh dan meningkatkan (reputasi itu) serta menunjukkan bahawa rakyat Singapura istimewa; kami boleh bekerjasama dengan orang lain...serta menunjukkan Singapura merupakan titik merah yang bergemerlapan,” ujar Encik Lee.

Dalam lawatan itu, Singapura dan UAE memeterai lapan perjanjian, termasuk memorandum persefahaman (MOU) dalam bidang seperti ekonomi hijau, usaha menangani perubahan iklim dan pensijilan halal.

Dr Maliki berkata kepada BH: “Ia menunjukkan bahawa kami benar-benar ingin melihat lebih banyak lagi ruang di mana kerjasama boleh dapat dieratkan antara Singapura dengan UAE.

“UAE dan Singapura merupakan dua negara yang agak sama dari segi saiznya. Kami merupakan negara yang kecil tetapi kami juga sedia meneroka aspek (kerjasama) baru.”

Antara MOU yang dimeterai termasuk dalam pensijilan halal, yang membolehkan kededua Singapura dan UAE untuk saling mengiktiraf sijil dan tanda halal dari negara masing-masing.

Kata Dr Maliki, ini akan memudahkan peniaga Melayu/Islam di Singapura untuk mengeksport barangan halal ke UAE, dan juga sebaliknya.

“Apabila barangan ini masuk ke UAE, ia tidak perlu menjalani projek pensijilan halal sekali lagi,” ujarnya.

Tambah Dr Maliki, ini akan meluaskan potensi dan pasaran yang boleh dimanfaatkan pengusaha Melayu/Islam di Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >