Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Setelah cuti sakit 6 minggu, Faisal Manap ‘kembali cergas’ temu penduduk

Sep 07, 2023 | 02:26 PM



Setelah menjalani cuti hospital dan dua prosedur angioplasti, Anggota Parlimen (AP) GRC Aljunied yang juga naib pengerusi Parti Pekerja (WP), Encik Faisal Manap kembali melaksanakan tugasnya berkhidmat kepada masyarakat.

Pada Rabu, Encik Faisal, 48 tahun, telah bertemu penduduk di Divisyen Kaki Bukit di bawah GRC Aljunied, menurut WP dalam satu hantaran di Facebook yang dimuat naiknya pada Khamis.

Menurut WP, Encik Faisal sudah “kembali cergas” dan bersedia menyambung tanggungjawabnya.

Encik Faisal berterima kasih kepada AP WP dan bekas AP lain, Encik Low Thia Khiang, Encik Png Eng Huat dan Cik Lee Li Lian kerana membantunya dalam melaksanakan tugas sewaktu ketiadaan beliau.

Beliau amat berterima kasih kepada para relawan juga, yang telah memastikan keperluan penduduk terus dipenuhi.

Encik Faisal turut melahirkan penghargaan kepada semua yang telah memberikan ucapan baik, menunjukkan keprihatinan, dan mendoakannya sewaktu beliau sedang pulih, menurut hantaran itu lagi.

Pada hujung Julai, Encik Faisal dimasukkan ke hospital akibat masalah jantung dan berada di Unit Jagaan Rapi (ICU).

Beliau kemudian dibenarkan pulang ke rumah dari hospital dan diberi cuti sakit.

Encik Faisal telah menjadi AP GRC Aljunied sejak 2011.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >