Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sistem kesihatan perlu disusun semula untuk sokong warga emas

Sep 22, 2023 | 07:23 PM



Sistem penjagaan kesihatan perlu disusun semula untuk membina kesihatan di luar hospital dan menyokong warga emas untuk hidup sihat dalam masyarakat, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung.

Encik Ong berkata demikian ketika menyampaikan kenyataan nasional Singapura tentang perlindungan kesihatan sejagat di Mesyuarat Peringkat Tinggi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 21 September.

Beliau merupakan sebahagian daripada delegasi Kementerian Kesihatan (MOH) yang pertama kali menghadiri perhimpunan agung tersebut, yang meliputi pencegahan, kesiapsiagaan dan tindak balas terhadap pandemik, serta tentang kesihatan sejagat.

Encik Ong dan Menteri Kesihatan Perancis, Encik Aurélien Rousseau, diberi tugas mempengerusikan secara bersama panel pelbagai pihak tentang pandemik.

“Lebih banyak sumber perlu dilaburkan dalam penjagaan pencegahan sedangkan beban kerja hospital semakin meningkat.

“Pemerintah perlu memanfaatkan penentu sosial, ekonomi dan persekitaran kesihatan, seperti gaya hidup, tabiat, pendidikan, pekerjaan dan rekreasi untuk menggalakkan populasi yang sihat,” kata Encik Ong.

Mengulas tentang kepentingan kesihatan populasi, Encik Ong menjelaskan bahawa ia kerana penduduk Singapura semakin tua semakin cepat.

Beliau menambah bahawa banyak negara maju di Eropah, serta Jepun dan Korea, telah pun berdepan cabaran itu.

“Demografi yang berubah mendedahkan kecacatan kritikal dalam banyak sistem penjagaan kesihatan di seluruh dunia, iaitu sistem tersebut direka untuk penjagaan sakit, bukan penjagaan kesihatan.

“Tumpuan perhatian adalah di hospital akut, dengan sumber, pengetahuan dan tenaga dikerahkan kepada penyembuhan pesakit.

“Ini mungkin berfungsi untuk penduduk muda apabila agak sedikit orang jatuh sakit, tetapi ia tidak mampan untuk populasi yang semakin tua dengan beban penyakit yang semakin meningkat,” ujar Encik Ong.

Justeru, itulah sebabnya Singapura mengubah penjagaan kesihatan dan sedang mewujudkan rangkaian pusat jagaan warga emas di sekitar negara bagi membina lingkaran sosial di sekeliling warga emas, tambahnya.

“Penuaan mungkin merupakan perkembangan sosial yang paling ketara di banyak negara. Ia menimbulkan persoalan tentang kemampanan dalam peruntukan kewangan dan penjagaan kesihatan.

“Bagaimanapun, terdapat satu penyelesaian untuk penuaan dan ia adalah menjadikan penduduk kita lebih sihat, supaya apabila anda berusia 65 tahun, anda masih boleh dianggap muda.

“Dengan jangka hayat yang semakin panjang, ini bukanlah cita-cita yang tidak munasabah,” kata Encik Ong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >