Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Skim SGQR+ permudah pelbagai kaedah bayaran kod QR

Oct 31, 2023 | 05:58 PM



Penguasa Kewangan Singapura (MAS) sedang mengkaji kebolehlaksanaan huraian yang membolehkan peniaga di Singapura menerima bayaran menerusi kod QR daripada skim bayaran berbeza– termasuk NETS, ShopeePay dan Alipay – menerusi satu institusi kewangan.

Percubaan itu akan dilakukan semasa tempoh Percubaan Pembangunan Konsep (POC) bagi Kod Respons Pantas Singapura (SGQR) yang dipertingkat atau SGQR+ yang berlangsung antara 1 hingga 30 November.

SGQR, yang diperkenal pada 2018, menggabungkan kod QR bayaran berbeza untuk menjadi satu label SGQR.

Ia kini digunakan secara meluas oleh peniaga – termasuk penjaja dan kedai kecil – namun menurut MAS wujud ruang untuk mempertingkatkan skim bayaran tersebut.

Buat masa ini, peniaga yang ingin menggunakan skim bayaran yang pelbagai perlu mengekalkan hubungan komersial dengan institusi kewangan berbeza.

Sementara itu, pengguna dan pelancong hanya boleh menggunakan aplikasi bayaran yang dipilih jika peniaga mempunyai kontrak komersial dengan institusi kewangan tersebut.

Skim SGQR+ dijangka meningkatkan jumlah kaedah bayaran yang boleh diterima peniaga di sini.

Ia juga bermakna peniaga hanya perlu mendaftar atau mempunyai hubungan komersial dengan satu institusi kewangan untuk menerima bayaran melalui skim bayaran berbeza setempat dan juga rentas sempadan.

Peniaga tidak perlu mengekalkan hubungan komersial dengan institusi kewangan berbeza untuk menerima skim bayaran berlainan.

Pengguna pula boleh menggunakan aplikasi bayaran yang dipilih mereka di lebih banyak perniagaan, sementara pelancong ke sini boleh menggunakan aplikasi bayaran yang digunakan di negara asal mereka.

Semasa tempoh POC itu, SGQR+ akan merangkumi lebih 23 skim bayaran – termasuk Alipay, GrabPay, Nets, ShopeePay dan UnionPay – yang boleh digunakan untuk membuat bayaran kepada lebih 1,000 perniagaan semasa Festival Teknologi Kewangan (Fintech) Singapura dan di kawasan Changi.

Percubaan itu akan dilakukan melalui dua skim berbeza yang memanfaatkan huraian teknologi oleh Liquid Group dan Nets.

Liquid Group akan mengendalikan ‘switch’ atau sistem yang memproses bayaran antara institusi kewangan yang menyediakan khidmat untuk peniaga, dengan institusi kewangan yang berkhidmat untuk pengguna.

Pengguna juga boleh menggunakan aplikasi bayaran yang dikaitkan dengan kad kredit untuk mengimbas dan membuat bayaran di peniaga di bawah Liquid Group.

Nets juga akan membolehkan pengguna mengimbas dan membuat bayaran menggunakan Nets di peniaga di bawah Nets, termasuk skim bayaran tempatan dan luar negara.

Sedang huraian yang dikendalikan Nets kini ditawarkan kepada mereka yang menyertai program Hawker Go Digital, POC akan mencuba kebolehlaksanaan huraian tersebut bagi semua segmen di mana peniaga boleh membayar untuk menggunakan khidmat tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >