Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SNOC terima peletakan jawatan Chuan-Jin sebagai presiden

Jul 18, 2023 | 06:24 PM



Mantan Speaker Parlimen, Encik Tan Chuan-Jin, telah meletak jawatan sebagai presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC), dengan pertubuhan itu telah menerima peletakan jawatan tersebut, umum SNOC dalam satu kenyataan pada Selasa.

Ini sehari selepas Encik Tan meletak jawatan daripada Parti Tindakan Rakyat (PAP), sebagai Speaker dan juga sebagai Anggota Parlimen (AP) GRC Marine Parade, ekoran hubungan sulit dengan AP GRC Tampines, Cik Cheng Li Hui.

Dalam kenyataannya, SNOC menyatakan ia telah menerima peletakan jawatan Encik Tan dan mengucapkan terima kasih atas perkhidmatan dan sumbangan beliau selama bertahun-tahun.

Encik Tan telah menjadi presiden SNOC sejak 2014 dan telah dipilih semula buat penggal ketiga pada September 2022 dalam satu undian sebulat suara. Beliau asalnya dijadual berkhidmat bagi penggal terbarunya dari 2022 hingga 2026.

Naib presiden paling kanan SNOC, Cik Jessie Phua, akan dilantik sebagai pemangku presiden SNOC pada mesyuarat jawatankuasa eksekutif akan datang.

Perlembagaan SNOC menyatakan jika presiden meletakkan jawatan, naib presiden yang paling kanan hendaklah dilantik sebagai pemangku presiden bagi baki penggal presiden yang meletak jawatan itu.

“Oleh itu, Cik Phua, yang kini merupakan naib presiden paling kanan, akan dilantik oleh SNOC sebagai pemangku presidennya pada mesyuarat jawatankuasa eksekutif akan datang,” jelas kenyataan SNOC itu.

Selain itu, Encik Tan juga telah meletakkan jawatan sebagai penaung Centre for Fathering pada Isnin dan langkah itu telah disahkan pertubuhan tidak meraih keuntungan itu. Ia mengucapkan terima kasih kepada Encik Tan kerana berkhidmat sebagai penaungnya sejak Januari 2018.

Encik Tan dan Cik Cheng pada Isnin meletak jawatan sebagai AP PAP.

Pasangan itu telah menjalin “hubungan yang tidak wajar” dan telah meneruskannya walaupun diberitahu untuk menghentikannya, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dalam satu sidang akhbar pada Isnin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >