Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura, China jalankan latihan tentera dua minggu

Aug 28, 2023 | 04:54 PM



Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) China akan menjalankan latihan tentera dua hala selama dua minggu mulai 1 September, yang merupakan latihan pertama seumpama itu sejak 2019 akibat pandemik Covid-19.

Latihan Kerjasama, yang dijalankan buat kali kelima sejak edisi pertama pada 2009, bermula 1 hingga 14 September, melibatkan askar dari Divisyen Singapura Ketiga dan Batalion Komando Pertama, serta Kumpulan Tentera ke-74 Tentera Komando Teater Selatan PLA (STCA).

Dalam satu kenyataan pada Isnin, Kementerian Pertahanan (Mindef) berkata tema latihan itu adalah operasi memerangi keganasan bandar.

Askar akan terlibat dalam pertukaran profesional untuk menyokong senario menyelamat dan mengambil bahagian dalam latihan taktikal, seperti turun menggunakan tali, bertempur menggunakan tangan, dan menembak menggunakan senjata ringan.


“Interaksi ini membolehkan kedua-dua pihak mengukuhkan hubungan profesional dan memupuk ikatan rakyat dengan rakyat, serta meningkatkan kepercayaan dan persefahaman antara kedua-dua tentera,” kata Mindef.

Mindef menambah bahawa latihan itu, yang merupakan sebahagian daripada usaha SAF meningkatkan kerjasama bersama dengan negara lain, menggariskan hubungan pertahanan dua hala yang mesra dan baik antara Singapura dan China.

“Selain latihan dua hala dan pelbagai hala, kedua-dua pertubuhan pertahanan itu juga berinteraksi secara kerap melalui pertukaran peringkat tinggi, lawatan bersama, kehadiran silang kursus, pertukaran akademik dan panggilan pelabuhan,” kata Mindef.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >