Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura elak kemelesetan teknikal, ekonomi tumbuh 0.3% suku kedua

Jul 14, 2023 | 02:12 PM



Ekonomi Singapura tumbuh 0.3 peratus pada suku kedua 2023 berbanding tiga bulan sebelumnya, mengelak kemelesetan teknikal dengan tipis atau penguncupan selama dua suku berturut-turut.

Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) juga tumbuh 0.7 peratus dari tahun ke tahun pada tempoh April hingga Jun, menurut anggaran awal Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) pada Jumaat.

Dalam tiga bulan pertama tahun ini, ekonomi tumbuh 0.4 peratus dari tahun ke tahun, lebih lembap daripada peningkatan 2.1 peratus bagi suku sebelumnya.

Berdasarkan pelarasan musim suku ke suku, ia menyusut 0.4 peratus, perbezaan berbanding peningkatan 0.1 peratus pada suku keempat 2022.

Penguncupan suku ke suku bagi tiga bulan pertama tahun ini, di tengah-tengah permintaan luar yang lemah bagi eksport Singapura, telah menimbulkan keprihatinan terhadap kemelesetan teknikal.

Satu tinjauan Bloomberg ke atas pakar ekonomi meramalkan bahawa ekonomi akan merosot sebanyak 0.2 peratus dari suku ke suku pada suku kedua.

Walaupun telah mengelak kemelesetan, pakar ekonomi masih mempunyai pandangan suram tentang masa depan ekonomi Singapura.

Pertumbuhan dalam suku kedua sekali lagi terjejas oleh sektor pengilangan didorong perdagangan, yang terus menguncup disebabkan kelemahan dalam ekonomi sejagat dan kemerosotan elektronik, kata MTI.

Anggaran awal menunjukkan bahawa sektor pengilangan susut 7.5 peratus dari tahun ke tahun pada suku kedua, melebihi kemerosotan sebanyak 5.3 peratus pada suku sebelumnya.

Prestasi lemah sektor itu disebabkan keluaran yang berkurangan merentasi semua kelompok, kecuali kejuruteraan pengangkutan.

Berdasarkan pelarasan musim suku ke suku, pengilangan menyusut pada kadar lebih lembap iaitu 1.3 peratus pada suku kedua, berbanding 4.5 peratus pada suku sebelumnya.

Dalam sektor perkhidmatan, perdagangan runcit dan borong, serta sektor penyimpanan dan pengangkutan secara kolektif tumbuh 2.6 peratus dari tahun ke tahun pada suku kedua, pemulihan daripada kemerosotan 0.7 peratus dalam suku sebelumnya.

Cik Selena Ling, ketua pakar ekonomi dan ketua strategi dan penyelidikan perbendaharaan OCBC berkata, pemulihan yang dijangkakan dalam industri elektronik sejagat, lebih-lebih lagi bagi semikonduktor, kelihatan ditangguh ke suku keempat 2023 ataupun awal 2024.

“Justeru kemerosotan pengilangan Singapura mungkin berterusan ke sekurang-kurangnya suku ketiga,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >