Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura mahu rapat jurang antara jangka hayat, kesihatan: Ye Kung

Oct 13, 2023 | 08:36 AM



Purata rakyat Singapura mengalami keuzuran selama 10 tahun sebelum mereka meninggal dunia, justeru keutamaan negara ini adalah merapatkan jurang antara jangka hayat dan jangka tahap kesihatan warga, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung.

Beliau berkata demikian sambil merujuk kepada purata jangka hayat warga Singapura sekitar 84 tahun, dan purata jangka kesihatan selama 74 tahun.

Berucap di Simposium Pusat Penyelidikan Penuaan Berjaya (Rosa) ketiga di Universiti Pengurusan Singapura (SMU) pada Khamis, beliau berkata matlamat dasar kesihatan negara bukan sahaja untuk membantu orang ramai hidup selama mungkin, malah pada masa sama, menyasarkan untuk memelihara kualiti hidup.

“Jurang antara jangka hayat dan jangka kesihatan masih terlalu luas. Purata jangka hayat Singapura ialah 84 tahun dan purata jangka kesihatan ialah 74 tahun.

“Ini bermakna purata rakyat Singapura mengalami keuzuran selama 10 tahun sebelum mereka meninggal dunia.

“Keutamaan kita adalah merapatkan jurang antara jangka hayat dengan jangka kesihatan kita. Ini adalah motivasi di sebalik program nasional seperti SG Lebih Sihat (Healthier SG) dan Sihat Menua SG (Age Well SG),” jelas beliau.

Encik Ong menambah, tabiat lebih sihat yang ditimbulkan oleh dasar dan program itu perlu berubah menjadi gaya hidup dan amalan baru dari semasa ke semasa agar ia menjadi mampan.

Jika tidak, menurut Encik Ong, ia hanya berupa satu kempen yang membawa perubahan sementara.

Memetik SG Lebih Sihat sebagai contoh, beliau berkata: “Ia bertujuan mengubah tingkah laku dan menggalak rakyat Singapura supaya berjumpa satu doktor keluarga sahaja. Jangan berjumpa lebih daripada satu doktor, ini kurang baik untuk kesihatan anda.

“Kita mesti berjumpa dengan seorang doktor, membina hubungan peribadi dengan doktor, membangunkan pelan kesihatan peribadi dan kemudian mengikuti pelan tersebut.

“Saya percaya perubahan jangka pendek sedang berlaku, tetapi pada masa depan, kami berharap individu mematuhi pelan kesihatan mereka, membina hubungan dengan doktor keluarga mereka dan menjalani pemeriksaan dan vaksinasi secara berkala, seperti yang dikehendaki oleh pelan kesihatan.

“Jika perubahan itu dapat dikekalkan, kami berharap dapat melihat tingkah laku kesihatan penduduk meningkat, dan penjagaan pencegahan menjadi sebahagian daripada kehidupan kami,” kata Encik Ong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >