Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Suasana Raya tetap dirasai walau berada di rantauan

Apr 26, 2023 | 05:30 AM



SELEPAS Subuh Sabtu lalu, Cik Jaminah Sultan menyahut takbir Aidilfitri dengan duduk bersila di tepi jalan di persekitaran Masjidil Haram, di Makkah.



Beliau dalam kalangan jutaan jemaah yang melaksanakan umrah mereka sejak Ramadan, menyifatkan dirinya sangat bertuah dapat menyambut hari kemenangan di tanah suci.



"Cik teringin sangat menyambut ketibaan Syawal dan suasana Aidilfitri di Makkah.



"Walaupun Cik hanya mampu bersolat di tepi jalan kerana kesesakan di masjid, Cik tetap berasa dekat dengan Allah.



"Suasananya sungguh riuh dan jemaah daripada rombongan Cik semua menyambutnya dengan penuh meriah sebagai sahabat seagama Islam," kata Cik Jaminah, seorang ejen hartanah berusia 60 tahun.



Selepas mendirikan solat Aidilfitri, beliau yang mengikuti syarikat Hagel Travel & Tours Pte Ltd kemudian menikmati juadah yang disediakan kakitangan Hotel Mira Ajyad.



Cik Jaminah telah pulang ke tanah air pada Isnin dan merancang meneruskan sambutan bersama keluarga pada hujung minggu mendatang.



Beliau merupakan antara warga Singapura yang yang dihubungi Berita Harian (BH) menyambut Hari Raya di perantauan.



Ada dalam kalangan mereka yang telah berhijrah atau sedang bermastautin di luar negara.



Bagi Cik Ezleen Farahniza Mohammad Akhtar dan suaminya, Encik Asim Qadeer, kedua-dua berusia 35 tahun, ini kali pertama mereka menyambut Aidilfitri di luar negara selepas berhijrah ke Melbourne, Australia, pada Mac untuk membina hidup baru.



"Memandangkan kami masih baru di sini, kami belum dapat berkenalan dengan ramai orang," katanya yang kini sedang menuntut sijil profesional dalam bidang pemasakan komersial di sana.



"Pada pagi Raya, kami menziarahi masjid untuk solat dan kemudian memasak lauk raya tradisional seperti beriani daging lembu bersertakan manisan.



"Oleh sebab kami mempunyai keluarga dan teman di sini, kami mengajak mereka untuk makan bersama dan kemudian pergi ke Portsea untuk makan angin di kawasan pantai," kata Cik Ezleen yang tinggal di kejiranan Doveton.



Kejiranannya itu mempunyai populasi besar warga Muslim dari serata dunia seperti Pakistan, Afghanistan, Turkey, Malaysia, Sri Lanka, Bangladesh dan dari Timur Tengah.



Di Virginia, Amerika Syarikat, mantan wartawan BH, Cik Suryani Omar, 40 tahun, yang telah lama bermastautin di luar negara berkata hari pertama Syawal jatuh pada Jumaat dan beliau menyambutnya dengan rancangan yang agak ringkas.



"Pada malam Raya saya mengajak teman-teman ke rumah untuk berbuka puasa dengan lauk Raya dan kemudian mengadakan sesi takbir bersama. Selepas itu, saya menghubungi keluarga di tanah air.



"Pada pagi Raya, kami menziarah masjid, makan angin di kafe sebentar, mendirikan solat Jumaat - iya, wanita di sini solat Jumaat - dan kemudian kami berkunjung ke kedutaan Malaysia yang mengadakan rumah terbuka. Kami juga sempat menonton Sinar Lebaran tayangan Suria yang kini boleh ditonton di YouTube," katanya.



Beliau berkata tahun ini agak pilu kerana neneknya baru sahaja meninggal pada awal Ramadan.



"Tetapi dengan kegiatan seperti menonton Sinar Lebaran dan menghubungi pak cik dan mak cik, ia membuat saya rasa tenang dan juga agak rindu kepada keluarga di rumah," tambahnya.



Penduduk tetap di Perth, Australia Barat, Cik Norain Razali, yang telah menetap di sana sepanjang 12 tahun, pula berkata meskipun jauh dari tanah air, sambutan di sana tetap meriah. Beliau sempat berkunjung sebanyak enam rumah di 'kampung-kampung Melayu' di sana.



"Pada hari pertama, kami berkunjung ke rumah-rumah warga emas komuniti Muslim di sini," katanya, yang menyifatkan masyarakat Melayu/Islam di sana sebagai sebuah komuniti rapat dan saling bergotong-royong dan membantu antara satu sama lain jika dalam keadaan memerlukan.



"Setiap hujung minggu pada Syawal, selalunya kami akan merancang untuk berkunjung lima hingga tujuh rumah di pelbagai kawasan dari kawasan selatan hingga utara kota Perth dan juga sejauh kota Bunbury, dalam 175 kilometer dari Perth. Komuniti Melayu/Islam di sini agak besar," tambahnya.



Kali terakhir Cik Norain beraya di Singapura adalah pada 2018. Beliau tidak berupaya kembali ke tanah air sejak itu ekoran pandemik dan komitmen kerja.



"Apa yang saya rindu sangat adalah untuk berada di sisi keluarga saya untuk memohon maaf dan bersalam-salaman," ujar Cik Norain lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >