Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Surat Mufti, Rabai isyarat penting bersatu dalam masa sukar: PM Lee

Oct 23, 2023 | 06:00 PM



Pertukaran surat antara Mufti dengan Ketua Rabai di Singapura baru-baru ini yang menekankan nilai perpaduan di tengah-tengah ketegangan di Gaza, ialah isyarat penting bersatu padu dalam masa sukar, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.

Dengan apa yang berlaku sekarang, adalah lebih penting bagi pelbagai kaum dan agama di Singapura menghayati kepentingan hidup bersama, dan tidak membiarkan apa yang berlaku di tempat lain menjejas keharmonian di sini, kata Encik Lee.

“Saya gembira Mufti (Dr Nazirudin Mohd Nasir) mengambil inisiatif menulis surat kepada Ketua Rabai (Rabai Mordechai Abergel) untuk melahirkan rasa simpati dan semangat perpaduan setelah serangan oleh Hamas.

“Rabai membalas dengan semangat yang sama, dan pertukaran itu diterbitkan dan ia isyarat kepada penduduk di Singapura, bukan sahaja orang Islam dan Yahudi, bahkan kumpulan lain, mengenai pentingnya dalam masa sukar untuk bersatu padu dan mengesahkan keharmonian kita, dan tidak berpecah-belah dek peristiwa,” ujar Encik Lee.

Beliau berkata demikian kepada media di akhir lawatannya ke Arab Saudi dan Amiriah Arab Bersatu (UAE), termasuk lawatan ke sebuah kompleks antara agama Abrahamic Family House di Abu Dhabi.

Dibuka pada Februari 2023, kompleks yang menempatkan sebuah gereja, masjid dan saumaah itu melambangkan nilai-nilai kewujudan bersama, kepelbagaian dan dialog antara agama.

“Bagi UAE, negara yang kebanyakannya orang Islam, untuk mempunyai projek seperti ini dan menggalakkan keharmonian antara kaum, saya rasa ia petanda baik bagi mereka dan seluruh dunia.

“Ini sesuatu perkara yang turut penting bagi kami kerana kami memperjuangkan keharmonian antara kaum dan agama,” ujar Encik Lee.

Beliau menyebut inisiatif Pusat Harmoni An-Nahdhah di Singapura yang mempunyai pameran mengenai pelbagai agama di negara ini.

“Ia satu cara untuk menjadikan orang ramai prihatin tentang perkara ini, mendidik mereka dan menunjukkan kita bangga mempunyai pelbagai kumpulan agama hidup bersama di Singapura.

“Itu satu kepentingan sepanjang masa. Tetapi sekarang, di tengah-tengah apa yang berlaku di Timur Tengah dan Gaza, adalah lebih penting pelbagai kaum di Singapura, pelbagai agama di Singapura memahami perkara ini, memelihara jalinan dan tidak biarkan apa yang berlaku di tempat lain menjejas keharmonian agama kita,” kata Encik Lee.

Dalam lawatannya ke UAE, Encik Lee menemui beberapa pemimpin termasuk Presiden UAE, Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan, yang juga Amir Abu Dhabi; serta Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Khaled Mohamed Al Nahyan.

Selain kompleks Abrahamic Family House, Encik Lee menziarahi beberapa tempat termasuk Burj Khalifa dan Wahat Al Karama, tugu memperingati pengorbanan dan bakti wira UAE.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >