Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tahap risiko pengubahan wang haram S’pura naik sedikit pada 2023

Nov 15, 2023 | 06:41 PM



Tahap risiko pengubahan wang haram dan pembiayaan pengganasan (ML/TF) Singapura telah meningkat sedikit, demikian menurut Indeks Antipengubahan Wang Haram (AML) Basel 2023.

Mata dalam indeks itu pada 2023 meningkat kepada 4.30 daripada 4.28 pada 2022. Mata itu dinilai daripada 10. Semakin tinggi matanya, semakin tinggi risiko wang haram yang dihadapi negara.

Dr Kateryna Boguslavska, pengurus projek Indeks AML Basel di Basel Institute on Governance di Switzerland, memberitahu The Straits Times (ST) bahawa “ia (mata Singapura) termasuk dalam kategori bidang kuasa berisiko sederhana untuk ML/TF”.


Peningkatan dalam mata Singapura itu disebabkan risiko yang lebih tinggi dari segi rasuah dan jenayah alam sekitar. Bagaimanapun, peningkatan ini “tidak dramatik”, kata Dr Boguslavska.

“Walaupun terdapat peningkatan (dalam mata), risiko dalam kategori ini masih pada tahap yang agak rendah,” tambahnya.

Indeks AML Basel menyenaraikan bidang kuasa global mengikut risiko pengubahan wang haram dan pembiayaan pengganasan.

Indeks tersebut menggunakan metodologi berdasarkan 18 petunjuk daripada sumber tersedia secara umum seperti Pasukan Petugas Tindakan Kewangan (FATF), satu badan global yang memerangi pengubahan wang haram dan Transparency International, pertubuhan pejuang rasuah.

Maklumat daripada Bank Dunia dan Forum Ekonomi Sedunia (WEF) juga digunakan.

Penunjuk tersebut dikategorikan kepada lima aspek: kualiti rangka kerja pencegahan pengubahan wang haram dan penentangan pembiayaan pengganasan (AML/CTF); risiko rasuah dan korup; ketelusan dan piawaian kewangan; ketelusan dan akauntabiliti awam; dan risiko undang-undang dan politik.

Aspek Singapura yang paling lemah ialah kualiti rangka kerja AML/CFTnya, dengan mata 5.28.

Dr Boguslavska berkata aspek lemah ditentukan melalui penilaian FATF dan data daripada Indeks Rahsia Kewangan, atau Financial Secrecy Index.

Dalam empat aspek lain, Singapura memperoleh mata risiko yang agak rendah.

Data digunakan oleh Indeks AML Basel tidak menggambarkan kes pengubahan wang haram terkini, tambah Dr Boguslavska. Namun data daripada FATF memberi petunjuk kepada kemungkinan sebab struktur di sebalik kes di sini.

Sebagai contoh, Singapura perlu membuat penambahbaikan dari segi keberkesanan langkah AML/CFT dalam empat aspek – penyiasatan dan pendakwaan kesalahan ML/TF; ketelusan pemilikan berfaedah; penyeliaan; dan langkah pencegahan oleh institusi kewangan dan perniagaan dan profesion bukan kewangan (DNFBP) yang ditetapkan.

Pada Ogos 2023, polis Singapura menahan 10 warga asing dan mendakwa mereka atas tuduhan pemalsuan dan pengubahan wang haram daripada jenayah terancang, menjadikannya salah satu kes pengubahan wang haram terbesar di Singapura.

Aset yang dirampas atau dikeluarkan dengan larangan perintah penjualan berikutan serbuan di seluruh pulau kini bernilai lebih $2.8 bilion.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >