Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tambang tren dan bas: Harga pas bulanan untuk pelajar, warga emas diturunkan

Sep 18, 2023 | 07:50 PM



Walaupun tambang pengangkutan awam akan naik sebanyak 7 peratus mulai 23 Disember ini, Majlis Pengangkutan Awam (PTC) dan pemerintah akan memberi sokongan kepada penumpang untuk membantu memastikan tambang dimampui.

Semasa sidang media pada Isnin, PTC mengumumkan bahawa ia akan mengurangkan harga pas konsesi bulanan hibrid (bas dan MRT) sehingga 10 peratus. Pengurangan itu adalah bagi pelajar, warga emas dan anggota Perkhidmatan Negara sepenuh masa.

Pemerintah akan turut mengurangkan harga pas konsesi bulanan hibrid untuk orang kurang upaya (OKU) sepadan dengan langkah PTC iaitu daripada $64 kepada $58, demikian juga bagi warga emas.

Selain itu, pemerintah akan memperkenalkan pas konsesi bulanan hibrid baru untuk Skim Konsesi Pengangkutan Tambang Kerja (WTCS), berharga $96, pengurangan sebanyak $32 berbanding Pas Perjalanan Bulanan untuk penumpang dewasa.

Perubahan kepada pas konsesi bulanan itu akan memanfaatkan sekitar 60,000 penumpang secara keseluruhan yang terdiri daripada pengguna sedia ada dan baru.

Pas-pas tersebut membenarkan perjalanan tanpa had pada semua mod pengangkutan awam (kecuali bas ekspres). Penumpang yang sering menggunakan pengangkutan awam boleh membeli pas-pas itu pada harga lebih rendah, untuk mengurangkan perbelanjaan perjalanan bulanan mereka.

Di samping itu, pemerintah akan menyediakan Baucar Pengangkutan Awam (PTV) bernilai $50 kepada isi rumah berpendapatan rendah yang masing-masing mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi $1,600.

Baucar tersebut boleh digunakan untuk menambah nilai kad tambang atau membeli pas bulanan.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan Isnin, Kementerian Pengangkutan (MOT) berkata pemerintah menyedari terdapat kebimbangan terhadap kos sara hidup yang lebih tinggi.

“Itulah sebabnya pemerintah menyokong keputusan PTC untuk tidak melaksanakan peningkatan penuh tambang, dan akan memberikan subsidi yang meningkat dengan ketara pada tahun ini untuk menyederhanakan kenaikan tambang.

“Mengekalkan sistem pengangkutan awam yang bermutu tinggi dan mampan dari segi kewangan adalah tanggungjawab dikongsi pelbagai pihak,” kata MOT dalam kenyataannya.

Selaras dengan kenaikan tambang yang lebih curam pada 2023, PTC berkata ia memerlukan SBS Transit dan SMRT untuk membuat sumbangan lebih besar kepada Dana Pengangkutan Awam, yang membantu isi rumah menghadapi kenaikan tambang.

SBS Transit perlu menyumbang 15 peratus daripada jangkaan peningkatan hasilnya, atau $3.14 juta, dan SMRT perlu menyumbang 30 peratus daripada jangkaan peningkatan hasilnya, atau $12.71 juta.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >