Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiada sebarang konflik kepentingan oleh Shanmugam, Vivian: SM Teo

Jul 03, 2023 | 08:24 PM



Seorang menteri dianggap mempunyai konflik kepentingan sekiranya beliau mempunyai kuasa rasmi ke atas perkara itu, di saling mempunyai kepentingan peribadi dalam perkara tersebut.

Demikian yang ditekankan oleh Menteri Kanan, Encik Teo Chee Hean, yang juga Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, semasa menjawab beberapa soalan oleh Anggota Parlimen (AP) pada Isnin.

“Dua perkara itu mesti ada,” kata Encik Teo.

Beliau berkata memandangkan Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam, telah menarik diri daripada sebarang pengaruh dan tugas rasminya dalam perkara itu, “tidak ada sebarang potensi konflik dan persepsi konflik yang timbul” susulan siasatan yang dijalankan oleh Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB).

Semasa perbahasan itu, pelbagai soalan telah diketengahkan sama ada terdapat sebarang konflik kepentingan atau maklumat istimewa yang telah diperolehi mengenai penyewaan dua banglo di 26 dan 31 Ridout Road.

Ketua Pembangkang, Encik Pritam Singh, telah bertanya mengapa Encik Shanmugam perlu mendekati timbalan setiausahanya, iaitu “seorang penjawat awam yang berpangkat tinggi” untuk mendapatkan senarai hartanah bagi urusan peribadinya.

“Maklumat yang diberikan kepada Encik Shanmugam bagi urusan peribadinya oleh timbalan setiausaha nampaknya mempunyai unsur keistimewaan,” kata Encik Pritam yang bertanya sama ada lebih sesuai bagi Encik Shanmugam untuk bertanya kepada ejennya mengenai hartanah yang tersedia untuk disewa.

Selain Encik Pritam, Encik Sitoh Yih Pin (Potong Pasir), Encik Dennis Tan (Hougang) dan juga Encik Gerald Giam (GRC Aljunied) telah bertanya sama ada wajar bagi Encik Shanmugam meminta timbalan setiausahanya pada masa itu untuk mendapatkan senarai hartanah tersebut.

Encik Sitoh juga bertanya sama ada wajar bagi Encik Teo untuk menyiasat perkara itu.

Dalam jawapannya, Encik Teo berkata senarai hartanah yang tersedia untuk disewa bukanlah maklumat istimewa.

Tambahan pula, Encik Teo menjelaskan bahawa beliau tidak menghadapi kesukaran untuk menjalankan semakan ini, kerana beliau sendiri tidak terlibat dalam transaksi penyewaan dan bukan subjek penyiasatan CPIB.

Encik Shanmugam juga turut berdiri untuk menjelaskan bahawa beliau telah meminta senarai hartanah itu daripada timbalan setiausaha kementeriannya agar “terdapat ketelusan menyeluruh”.

“Saya percaya adalah lebih baik untuk bertanya kepadanya, daripada bertanya secara langsung kepada Penguasa Tanah Singapura (SLA),” kata Encik Shanmugam.

Menurut Encik Shanmugam, timbalan setiausaha itu adalah seorang pegawai kanan perkhidmatan pentadbiran yang boleh memberitahu setiausaha tetap mengenai perkara itu dan juga boleh melaporkan kepada ketua perkhidmatan awam atau perdana menteri jika perlu.

Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (GRC Chua Chu Kang) juga bertanya sama ada terdapat konflik kepentingan dan jika terdapat pelanggaran dalam tata kelakuan menteri.

Dalam jawapannya, Encik Teo berkata memandangkan Encik Shanmugam menarik diri daripada membuat keputusan mengenai perkara itu, tidak ada sebarang konflik kepentingan dan “tiada pelanggaran kod kelakuan”.

Semasa perbahasan itu, Encik Pritam juga bertanya sama ada CPIB telah merampas telefon Encik Shanmugam dan Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, semasa penyiasatan mereka.

Kedua-dua menteri mengesahkan telefon mereka tidak dirampas. CPIB telah melihat telefon dan mesej mereka, tetapi mengembalikan kepada mereka apabila tiada apa-apa yang berkaitan ditemui.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >