Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tidak wajar mansuh kenaikan tambang tertangguh: Hong Tat

Langkah akan jejas kebolehpercayaan jangka panjang, kemampanan kewangan sistem pengangkutan awam S’pura
Oct 03, 2023 | 04:39 PM



Memansuhkan kenaikan tambang yang tertangguh akan menjejas kebolehpercayaan jangka panjang dan kemampanan kewangan sistem pengangkutan awam Singapura, kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Encik Chee Hong Tat.

Tambahan pula, sekiranya kenaikan tambang dielak atau dibekukan, pengendali perkhidmatan pengangkutan awam perlu menyerap kos yang lebih tinggi atau menyalurkan kos tersebut kepada pengguna.

Akhirnya, beban kos lebih besar bagi menyediakan subsidi pemerintah yang lebih tinggi ini mungkin terpaksa ditanggung oleh pembayar cukai.

Demikian dinyatakan Encik Chee semasa menjawab soalan Encik Louis Chua (GRC Sengkang) dan Encik Don Wee (GRC Chua Chu Kang) pada Selasa sama ada Majlis Pengangkutan Awam (PTC) akan meneroka untuk “memansuhkan” 15.6 peratusan mata yang ditangguhkan kepada masa depan, dan jika PTC boleh “mengenakan moratorium” ke atas kenaikan tambang masa depan.

“Jika (anda) mahu meminta pengendali pengangkutan awam menyerap kos, kita perlu mempertimbang bagaimana ini akan memberi kesan kepada kemampanan kewangan mereka dari semasa ke semasa, dan seterusnya menjejas keupayaan mereka menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang boleh diakses dan boleh dipercayai.

“Secara keseluruhan, perkhidmatan bas mengalami kerugian dan itulah sebabnya pemerintah perlu menyediakan subsidi kira-kira $1 bilion untuk bas setiap tahun.

“Menghapuskan tambang tertunda atau membekukan kenaikan tambang masa hadapan akan mengakibatkan kerugian lebih besar dan (memerlukan) subsidi pemerintah yang lebih tinggi,” kata Encik Chee.

Beliau juga menambah bahawa semakan tambang tidak mengambil kira kos sebenar pengendali dan kos gaji, dan pengendali tidak boleh menganggap bahawa kenaikan kos mereka akan dipadankan dengan tambang yang lebih tinggi.

Oleh itu, mereka perlu berdisiplin dalam menguruskan kos mereka dan meningkatkan produktiviti mereka dari masa ke masa, kata Encik Chee.

“Dalam menetapkan tambang, PTC tidak menumpukan kepada gaji sebenar yang dibayar oleh pengendali. Formula itu berdasarkan indeks gaji nasional.

“Ini membolehkan pengendali mengekalkan gaji sektor pengangkutan awam yang kompetitif dengan seluruh ekonomi, supaya mereka dapat menarik dan mengekalkan pekerja mereka.

“Kenaikan gaji yang melebihi perubahan dalam indeks gaji negara tidak akan dilindungi oleh formula tambang. Sepanjang lima tahun lepas, gaji pekerja pengangkutan awam meningkat pada kadar yang sama seperti indeks gaji negara,” tambahnya.

Encik Chee juga menekankan bahawa PTC dan pemerintah sedar kenaikan tambang mempengaruhi golongan penumpang secara berbeza.

Beliau mengulangi komitmen pemerintah untuk memastikan tambang kekal berpatutan, terutama bagi kumpulan konsesi seperti warga emas, pelajar, pekerja bergaji rendah dan orang kurang upaya, yang menikmati diskaun sehingga 70 peratus tambang dewasa bagi setiap perjalanan.

“Memandangkan pengguna pengangkutan awam yang lebih kerap akan lebih terjejas oleh kenaikan tambang setiap perjalanan, kami akan mengurangkan harga pas konsesi bulanan hibrid sehingga 10 peratus, dan memperkenalkan pas bulanan Skim Konsesi Pengangkutan Kerja (WTCS) berdiskaun baru,” kata Encik Chee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >