Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiket konsert Taylor Swift laris dalam 3 jam, lebih sejuta tunggu nombor giliran

Jul 05, 2023 | 06:15 PM



Tiket prajualan bagi konsert Taylor Swift habis dijual dalam tempoh tiga jam, dengan lebih sejuta nombor giliran maya dikeluarkan pada Rabu.

Penganjur, AEG Presents Asia, mengumumkan di Twitter pada sekitar 3 petang bahawa tiket prajualan untuk Ahli Kad UOB bagi kesemua enam persembahannya di Singapura telah habis dijual.

Ia menambah bahawa mereka yang telah menerima kod akses daripada pengedar tiket, Ticketmaster masih boleh membeli tiket selebihnya ketika penjualan am bermula pada Jumaat tengah hari.

Pembelian tiket prajualan konsert penyanyi antarabangsa dari Amerika Syarikat itu terbuka kepada ahli kad UOB sahaja, bermula pada tengah hari Selasa.

Tetapi pada 12.10 tengah Selasa, pelanggan telah pun menerima nombor giliran dalam anggaran satu juta.

Apabila penjualan tiket bermula, pembeli yang berada di laman web Ticketmaster untuk artis itu diarah ke halaman lain yang menyatakan “anda kini berada dalam barisan”, diikuti dengan nombor giliran di bahagian bawah.

Sambutan yang sama juga berlaku bagi tempahan tiket konsert kumpulan Coldplay.

Pada 22 Jun, lebih sejuta nombor giliran maya telah dikeluarkan untuk Coldplay, dengan ramai yang mengatakan mereka tidak pernah menerima nombor giliran setinggi itu sebelum ini.

Sejam sebelum permulaan prajualan UOB bermula, ramai yang merungut tentang isu teknikal di laman web Ticketmaster.

Pelanggan yang cuba untuk log masuk ke akaun Ticketmaster selepas 11 pagi menerima mesej “kadar melebihi” di skrin mereka.

Pelanggan lain yang berjaya untuk memasuki halaman pembayaran selepas memilih tiket mereka tidak dapat log masuk, dan menerima mesej yang serupa.

Taylor Swift akan mengadakan konsert dengan enam persembahan di Stadium Negara pada 2 hingga 4 Mac 2024 dan 7 hingga 9 Mac 2024.

Jualan tiket umum akan bermula pada Jumaat tengah hari dalam talian di Ticketmaster atau secara fizikal di cawangan SingPost di seluruh negara untuk semua yang memperoleh kod akses selepas prapendaftaran sebelum ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >