Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tumpuan kaunseling bagi asatizah tunjuk kemajuan awal

Pergas perkenal Anugerah Pengajian Mohd Adal, yang dibentuk hasil sumbangan $100,000 daripada penderma
May 30, 2022 | 05:30 AM



USAHA Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) memperkasa asatizah dengan kemahiran kaunseling telah mula menampakkan kemajuan awal.



Tahun lalu, seramai 15 asatizah dari Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah telah menjalani program Sijil Kaunseling Islam, sebuah program yang diiktiraf Persatuan Psikoterapi dan Kaunselor Singapura (APACS).



Di samping itu, sebuah lagi program kaunseling yang telah diusahakan Pergas tahun lepas ialah Diploma Possiswazah dalam Kaunseling Islam.



Program selama dua tahun itu memberi peluang bagi asatizah untuk menjalani latihan praktikal di beberapa agensi setempat, seperti di madrasah-madrasah sepenuh masa, pusat-pusat pemulihan seperti Rumah Peralihan Pertapis Halfway House, badan-badan perkhidmatan kaunseling seperti Club HEAL dan masjid-masjid.



Memberi perkembangan terkini program-program kaunseling itu, yang pertama kali diumumkan dalam rangka pelancaran pelan strategik Pergas 2021 - 2024, Presiden Pergas, Ustaz Mohamad Hasbi Hassan, mendedahkan persatuan tersebut juga sedang dalam proses mendapatkan akreditasi daripada Persatuan Kaunseling Singapura agar program-program yang dibangunkan diiktiraf di peringkat nasional.



Beliau berkata demikian di majlis Gemilang Raya Bersama Pergas, perjumpaan Hari Raya Aidilfitri yang dihadiri sekitar 150 tetamu merangkumi kepimpinan Pergas, para anggota yang terdiri daripada para asatizah mapan dan muda, sukarelawan serta penderma.



Ia turut dihadiri tetamu terhormat, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.



Mengulas mengenai tumpuan pada kaunseling itu, Ustaz Hasbi berkata:



"Sejak lebih dari lima tahun yang lalu, Pergas melihat keperluan yang amat penting bagi para asatizah untuk memiliki kepakaran dalam bidang kaunseling.



"Tahun demi tahun, pelbagai usaha telah pun dilakukan untuk meningkatkan mutu program ini dengan kerjasama pelbagai agensi tempatan dan luar negara untuk mendapatkan akreditasi serta kepakaran tenaga pengajar yang berkelayakan."



Di majlis tersebut juga, beliau mengucapkan terima kasih atas sumbangan orang ramai kepada program-program pembangunan Pergas.



Antaranya ialah keluarga Allahyarhamha Saripah Bakhroon, yang telah menyumbang sebanyak $163,000.



Sumbangan tersebut, menurut Ustaz Hasbi, telah membantu memudahkan Pergas untuk terus menjalankan aktiviti dakwah sepanjang pandemik Covid-19.



Sehubungan dengan itu, Ustaz Hasbi memperkenalkan kategori terbaru bagi biasiswa possiswazah yang dinamakan Anugerah Pengajian Mohd Adal.



Dibentuk hasil sumbangan $100,000 daripada penderma awam, keluarga kepada Allahyarham Mohd Moazzam Adal, ia akan diagihkan menerusi bantuan sejumlah $20,000 setiap tahun.



Sumbangan-sumbangan awam itu menurut Ustaz Hasbi mencerminkan bahawa Pergas kekal relevan sebagai sebuah institusi dalam masyarakat Islam Singapura.



"Dengan sokongan ini, Pergas dapat terus kekal aktif dalam menaiktaraf kapasiti asatizah, menyediakan pendidikan Islam yang berkualiti serta memberi kepimpinan keagamaan kepada masyarakat Islam setempat dan dapat melangkah lebih jauh pada masa-masa hadapan," ujarnya.



Dalam pada itu, menekankan usaha mendekati masyarakat dalam menyediakan program-program dan menyampaikan panduan serta mesej-mesej Islam adalah "kewajipan kita bersama".



Beliau menarik perhatian, Pergas telah menjayakan Muktamar Ulama pada Mac tahun lalu, dan diadakan di dua lokasi secara serentak sejajar dengan langkah-langkah pengurusan selamat Covid-19.



Menurutnya, para peserta yang hadir telah membincangkan empat isu, iaitu Keganasan Rumahtangga, LGBT, Arabisasi dan Kepimpinan Bukan Islam.



Menurut Ustaz Hasbi, panduan agama bagi isu Keganasan Rumahtangga bakal dilancarkan tidak lama lagi.



"Melangkah ke hadapan, Pergas berharap lebih banyak sokongan daripada masyarakat terutama dari para asatizah untuk terus memberi kepimpinan agama sejajar dengan arus kemodenan dan keperluan masyarakat," ujar beliau lagi.




"Sejak lebih dari lima tahun yang lalu, Pergas melihat keperluan yang amat penting bagi para asatizah untuk memiliki kepakaran dalam bidang kaunseling.



Tahun demi tahun, pelbagai usaha telah pun dilakukan untuk meningkatkan mutu program ini dengan kerjasama pelbagai agensi tempatan dan luar negara untuk mendapatkan akreditasi serta kepakaran tenaga pengajar yang berkelayakan."
- Presiden Pergas, Ustaz Mohamad Hasbi Hassan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >