Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ular sawa ‘sembunyi’ bawah kereta di Marine Terrace

Oct 31, 2023 | 03:09 PM



Seekor ular sawa sepanjang dua meter ‘bersembunyi’ di bawah kereta untuk elakkan daripada dikerumuni orang ramai.

Kejadian tersebut, yang dimuat naik Encik Dasarathar Harisvaran Thevar di Tiktok, berlaku di tempat letak kereta terbuka di belakang Blok 57 Marine Terrace pada Sabtu (28/10) pagi.

Encik Dasarathar berkongsi kepada Berita Harian (BH) bahawa beliau bersama seorang anggota awam lain berjaya mengeluarkan ular sawa itu sekitar tengah hari.


Awal dari itu beliau berkata sukarelawan daripada Persatuan Berkaitan Penyelidikan dan Pendidikan Haiwan (Acres), cuba mengeluarkan ular sawa itu pada sebelah pagi daripada kompartmen enjin kereta terbabit selama sekitar empat jam tetapi gagal.

Encik Dasrathar dan seorang orang awam kemudian memutuskan untuk cuba mengeluarkan ular tersebut kerana sungguhpun akur masyarakat awam tidak sepatutnya mengendalikan haiwan-haiwan liar atau reptilia secara sendiri, ular tersebut tetap mengundang bahaya kepada orang lain, katanya.

Beliau mengakui ada pengalaman mengendali ular, lantas terlintas dalam dirinya untuk menyelamatkan ular tersebut.

Daripada video pertama yang dimuat naik olehnya, dapat dilihat orang ramai mengerumuni sebuah kereta jenis Toyota, dengan ular sewa tersebut berada di celah-celah enjin kereta terbabit.




@22_das_93

#python stuck inside car... its difficult to come out... #rescue team doing their best... #22hariboy93

♬ original sound - ♠️_Das_♠️ - ♠️_Das_♠️



Video susulan yang dimuat naiknya pula memaparkan beliau dan dua individu lain cuba memasukkan ular itu ke dalam kampit tepung.

Encik Dasrathar berkata mereka menggunakan sebatang kayu bagi mengumpan ular tersebut keluar.

Apabila ular tersebut keluar daripada kereta itu, seorang anggota awam dilihat memegang kepala ular.

Menukil laporan The Straits Times, ketua eksekutif bersama Acres, Encik Kalai Vanan Balakrishnan, berkata ular sawa itu berada di bahagian bawah kereta, yang selalunya hangat dan menawarkan perlindungan kepada reptilia seperti ular sawa.


Encik Vanan berkata: “Bagaimanapun, ia juga bertindak sebagai tempat persembunyian sekiranya ular itu berasa terancam, itulah yang saya rasa berlaku dalam kes ini.

“Dengan orang ramai yang berkerumun, ular itu memasuki kenderaan untuk bersembunyi.”

Ular sawa itu berada di ruang yang sangat sempit dan kepalanya tidak dapat ditangkap, kata Encik Vanan.

Beliau menambah bahawa sebuah peralatan yang dikenali sebagai C-hook digunakan untuk mencapai ekor ular dan bahagian belakang ular sawa itu dikeluarkan secara perlahan.


Tetapi ular sawa itu, yang jenisnya asal dari Singapura, melilitkan badannya di sekeliling tiub dalam ruang enjin dan pasukan penyelamat tidak dapat mencapainya tanpa seorang mekanik.

Untuk mengelakkan kerosakan pada kenderaan atau kecederaan pada ular itu, pasukan penyelamat Acres menantikan kehadiran doktor haiwan agar ular itu dapat diberikan sedatif dan dikeluarkan dengan selamat, katanya.

Encik Vanan menambah malangnya semasa menanti ketibaan doktor haiwan, ada beberapa orang awam “mengambil keputusan sendiri dan menarik ular tersebut keluar, yang menyebabkan beberapa kecederaan pada haiwan itu.”

Pasukan Acres kemudian mengambil alih keadaan selepas ular tersebut ditangkap, jelasnya.

Beliau memberi peringatan agar orang ramai harus awasi ular sawa dari jarak selamat dan hubungi Acres untuk nasihat sekiranya berdepan dengan situasi sedemikian.

“Secara umumnya ular sawa haiwan yang pemalu. Sesetengah spesis, seperti ular sawa retikulasi, telah menyesuaikan diri dengan landskap bandar kita, dan tidak berbahaya,” kata Encik Vanan.




@22_das_93

Hahahahahahah😆🤣😉 End up I manage to catch the python with 2 guys... End of the day we the hero for our neighbourhood #22hariboy93 #happysaturday

♬ original sound - ♠️_Das_♠️ - ♠️_Das_♠️

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >