Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Usaha lawan kencing manis belum berakhir: Rahayu

Nov 05, 2023 | 07:22 PM



Setelah mengambil kira kesan faktor umur, peratusan penduduk Singapura yang mengalami kencing manis berkurangan daripada 7.8 peratus pada 2017 kepada 6.8 peratus pada 2022.

Namun, Setiausaha Parlimen Kanan (Undang-undang merangkap Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam, menekankan usaha berterusan diperlukan untuk melihat kesan ketaranya terhadap kesihatan secara keseluruhan.

Cik Rahayu merujuk kepada angka prevalens diabetes yang distandardkan dari segi usia, atau age-standardised prevalence. Istilah itu digunakan dalam bidang statistik untuk melihat sejauh mana sesuatu penyakit atau petanda kesihatan tersebar luas di kalangan sesebuah negara atau penduduk, setelah mengambil kira faktor usia.


Beliau berkata demikian semasa berucap dalam sebuah acara anjuran Diabetes Singapore sempena Hari Kencing Manis Sedunia di Wisma Geylang Serai pada Ahad.

“Walaupun ada kemajuan yang telah diraih, usaha mengatasi kencing manis masih belum berakhir.

“Memandang ke hadapan, kita perlu meneruskan usaha secara bersama untuk membina hasil yang telah dicapai setakat ini bagi menggalak gaya hidup sihat dan mengukuhkan pengurusan kencing manis,” ujar Cik Rahayu.

Menurut laporan Statistik Tinjauan Kesihatan Penduduk Nasional (NPHS), yang diterbitkan Kementerian Kesihatan (MOH) dan Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB), kadar obesiti di Singapura ialah 11.6 peratus pada 2022. Ia bertambah daripada 8.6 peratus pada 2013.


Cik Rahayu berkata ini membimbangkan kerana salah satu faktor kencing manis ialah obesiti.

“Ramai daripada kita sedia maklum apa yang perlu dilakukan untuk mencegah obesiti. Namun, mungkin sukar untuk melakukannya dan mengekalkan tabiat (bagi mencegah obesiti) sepanjang masa,” kata beliau.

Oleh itu, MOH dan rakan kongsinya telah melakar ekosistem bagi menggalak warga Singapura bertindak bagi kesihatan diri sendiri, tambahnya.

Beliau turut mengumumkan bahawa hingga Oktober 2023, lebih 400,000 penduduk telah menyertai SG Lebih Sihat, atau Healthier SG, yang bertujuan memberi tumpuan pada penjagaan pencegahan, menangani cabaran penduduk yang kian menua dan memperbaiki hasil kesihatan.

Di bawah strategi itu, penduduk dijemput mendaftar dengan satu doktor keluarga pilihan mereka di klinik umum (GP) dan bersama membangun pelan kesihatan peribadi.

Di samping itu, katanya, pemerintah akan mempergiat usaha bagi membolehkan warga Singapura mengamalkan gaya hidup lebih aktif.

“Kelompok penjagaan kesihatan kita sedang bekerjasama dengan rakan kongsi masyarakat, HPB, Persatuan Rakyat (PA) dan Sport Singapore (SportSG) untuk meningkatkan dan menambah aktiviti fizikal yang dianjurkan dalam komuniti, serta program kendiri seperti Cabaran Langkah Nasional HPB,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menggesa warga Singapura berusia antara 18 dan 39 tahun menjalani pemeriksaan risiko menghidap kencing manis melalui kit Penilaian Risiko Kencing Manis dalam talian.

Sekiranya golongan ini didapati menghidap risiko lebih tinggi, mereka layak untuk pemeriksaan kesihatan bersubsidi dan lawatan susulan.

Acara pada Sabtu dan Ahad itu menyediakan pelbagai aktiviti, seperti bengkel interaktif, sesi perkongsian oleh pakar kesihatan dan senaman zumba.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >