Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Video animasi didik kanak-kanak tentang gangguan seks dilancar

Projek pusat tanganai keganasan keluarga perlindungan kanak-kanak Pave dibiayai Cabaran Presiden
Aug 17, 2023 | 05:22 PM



Sebuah pusat khidmat yang menangani keganasan keluarga dan perlindungan kanak-kanak, Pave, telah melancarkan sebuah video animasi yang bertujuan mengajar kanak-kanak berumur empat hingga sembilan tahun agar menghormati tubuh badan mereka.

Video animasi yang memuatkan lagu dan seni kata menarik itu menekankan perlunya seseorang menghormati tubuh badannya dan mengajar kanak-kanak tentang keganasan seksual dan menolak tindakan yang tidak diingini.

Video itu mengajar kanak-kanak supaya tidak menyimpan rahsia tentang kejadian yang berlaku dan membuat mereka tidak selesa, selain perlunya mereka melaporkan kepada orang dewasa yang mereka percayai.

Bertajuk ‘The Garden of Safety’ (Taman Keselamatan), video itu dibiayai oleh Cabaran Presiden (PC).

Ia dilancarkan di prasekolah My First Skool di Fernvale Link, Sengkang, pada Khamis oleh Presiden Halimah Yacob, lapor akhbar The Straits Times.


Antara Januari 2020 dengan Jun tahun ini, polis telah menyiasat 120 kes penderaan seksual kanak-kanak, lapor.

Satu laporan terbaru juga mendedahkan bahawa kanak-kanak hanya menyedari mereka telah diserang secara seksual apabila mereka berada di peringkat atas sekolah rendah.

“Ini maklumat buat kita tentang pentingya kanak-kanak memberitahu seseorang yang mereka percayai (tentang kejadian yang berlaku ke atas mereka) dengan segera, daripada (melaporkannya) bertahun-tahun kemudian,” kata Presiden Pave, Dr Serene Ng, dalam ucapannya.

Fasa pertama projek itu mengambil masa lima bulan untuk disiapkan. Pave masih dalam proses membangunkan kurikulum dan video. Dua fasa lagi akan dilancarkan pada masa hadapan.

Sebuah program keibubapaan telah dibangunkan untuk memperkenalkan konsep seksualiti dan bahayanya.

Menurut Pave, program ini diterima baik kerana ibu bapa kini lebih berpendidikan dan peka terhadap keadaan sedemikian yang boleh berlaku pada anak-anak mereka.

“Kami sangat menghargai pembiayaan yang diberikan oleh PC. Dengan ini kami dapat memuat naik video itu di laman web kami dan setiap sekolah atau ibu bapa boleh memuat turunnya untuk menjadikannya bahan pembelajaran.

“Pendidikan dan pencegahan penderaan seksual adalah usaha bersama dan kami berharap video ini adalah langkah pertama untuk melindungi anak-anak kita,” kata Pengarah Eksekutif Pave, Dr Sudha Nair, semasa ditemui Berita Harian di acara tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >