Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Visi pemimpin generasi LKY perlu terus diperjuang: PM Lee

Acara memperingati visi mendiang Encik Lee dalam mewujudkan S’pura yang hijau dan bersih.
Oct 29, 2023 | 06:58 PM



Dalam meraikan 100 tahun kelahiran Perdana Menteri Pengasas Singapura, mendiang Encik Lee Kuan Yew, penting untuk warga Singapura memperingati apa yang diperjuangkan beliau dan pemimpin generasinya.

Ini kerana cita-cita serta keberanian mereka dalam membuat pilihan sukar dan berpandangan jauh merupakan antara faktor yang berjaya membawa Singapura dari sebuah negara yang membangun kepada negara maju sekarang, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.

Justeru, semangat dan nilai itu perlu diteruskan generasi sekarang untuk membentuk masa depan lebih cerah untuk semua warga Singapura, tambah Encik Lee.

Beliau berkata demikian semasa acara LKY100: The Greening of Singapore di Ang Mo Kio pada Ahad bagi memperingati visi mendiang Encik Lee dalam mewujudkan Singapura yang hijau dan bersih.


“Sumbangan Encik Lee kepada Singapura memang banyak, beliau telah mewujudkan satu negara, beliau membangunkan pertahanannya. Kita juga mempunyai perumahan awam, HDB, kita ada pendidikan, penjagaan kesihatan, prasarana, pengangkutan awam, dan kita juga mempunyai ekonomi,” kata Encik Lee dalam ucapannya semasa acara itu.

Acara tersebut dihadiri lebih 800 tetamu yang terdiri daripada aktivis dan tetamu lain dan dianjurkan cawangan Parti Tindakan Rakyat (PAP) dan Yayasan Masyarakat PAP (PCF) GRC Ang Mo Kio, SMC Kebun Baru dan SMC Yio Chu Kang.

Acara itu turut memaparkan gerai-gerai interaktif mempamerkan kerja yang telah dilakukan kumpulan hijau serta filem pendek mengenai visi mendiang Encik Lee.

Dokumentari selama 10 minit itu, bertajuk “The Greening of Singapore” dihasilkan oleh pengarah Wally Tham dari syarikat penghasil kandungan, Big Red Button.


Ia memaparkan perjalanan menghijau Singapura, bermula dari kempen menanam pokok pertama yang dilancarkan mendiang Encik Lee pada 1963 dalam usahanya mencapai visi ‘Bandar dalam Taman’ hingga usahanya menghadapi isu iklim sekarang.

Filem pendek itu juga memaparkan cebisan temu ramah bersama Encik Lee dan Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, dan menjelaskan peranan penting mendiang Encik Lee dalam usaha memastikan Singapura hijau dan indah pada masa akan datang.

Menyampaikan ucapannya selepas tayangan filem pendek itu, Encik Lee, yang juga merupakan setiausaha agung PAP dan Anggota Parlimen (AP) GRC Ang Mo Kio berkata:

“Disebabkan visi dan usaha Encik Lee dan pemimpin generasinya, kita dapat menikmati bandar dalam taman ini. Ia adalah disebabkan cita-cita mereka untuk Singapura, keberanian mereka membuat pilihan sukar dan keupayaan mereka merancang untuk masa depan serta tekad mereka merealisasikan rancangan ini, ini merupakan faktor yang menjadikan Singapura negara yang maju.”

Ucapan Encik Lee disusuli dengan persembahan peta bunga yang dilengkapkan beliau bersama AP PAP lain serta AP PAP yang telah bersara. Peta bunga itu diperbuat daripada lebih 1,000 pasu bunga kekwa yang diatur dalam bentuk peta Singapura.

Encik Lee telah mengunjungi gerai-gerai di pameran tersebut dan diberitahu mengenai usaha-usaha masyarakat ke arah Singapura lebih hijau termasuk bengkel yang menjelaskan cara menggunakan dan mengitar semula papan untuk diubah menjadi objek berguna oleh Touch Wood dan Ground Up Initiative.

Acara tersebut turut memaparkan pameran binatang yang diperbuat daripada kadbod, hasil rekaan Encik Bartholomew Ting dari Politeknik Singapura (SP) dan sukarelawannya.


Sementara itu, dalam acara berasingan, Encik Lee merupakan antara mereka yang menanam pokok sempena Hari Menanam Pokok anjuran Majlis Bandaran Ang Mo Kio pada Ahad.

Encik Lee telah menanam pokok Tembusu atau Cyrtophyllum fragrans yang boleh tumbuh setinggi 30 meter. Pokok ini biasanya ditanam di jalan raya atau taman.


Encik Lee disertai AP GRC Ang Mo Kio lain termasuk Encik Darryl David, Encik Gan Thiam Poh dan Cik Nadia Ahmad Samdin, selain AP SMC Kebun Baru SMC, Encik Henry Kwek dan SMC Yio Chu Kang, Encik Yip Hon Weng. – SITI AISYAH NORDIN




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >