Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

WP teliti kes libat dua anggota

Akan beri respons dalam masa terdekat
Jul 18, 2023 | 08:00 PM



Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) Parti Pekerja (WP) sedang meneliti kejadian membabitkan dua anggota kanannya, Encik Leon Perera dan Cik Nicole Seah, yang dikatakan terlibat dalam hubungan sulit.

Memberi respons melalui e-mel kepada Berita Harian (BH), parti itu menambah pihaknya akan memberi respons dalam masa terdekat mengenai perkara tersebut.


Dua anggota parti itu, Anggota Parlimen (AP) GRC Aljunied, Encik Perera, dan anggota kanan parti, Cik Seah, dilihat dalam satu video yang tersebar luas baru-baru ini, menunjukkan mereka berpegangan tangan.

Kedua-dua Encik Perera dan Cik Seah sudah berkahwin dengan pasangan masing-masing.

Khabar angin tentang hubungan sulit antara mereka mula tersebar dalam kalangan parti WP antara akhir 2020 dengan awal 2021, demikian difahamkan The Straits Times (ST).


Dakwaan mengenai kedua-dua mereka sering mengunjungi hotel dan berkelakuan tidak wajar sejak pertengahan 2020 telah diketahui dalam kalangan anggota WP, dan isu itu telah dibawa kepada pemimpin parti sekitar awal 2021.

Encik Perera, pada masa itu, sedang memberi bimbingan kepada Cik Seah, dan walaupun mereka memang dijangka meluangkan banyak masa bersama, sumber yang memberitahu ST berkata ada anggota parti yang berasakan “lebih banyak perkara yang berlaku antara pasangan itu”.

Mesej teks yang dilihat ST mendapati bahawa mereka yang diberitahu mengenai dakwaan itu termasuk pengerusi WP, Cik Sylvia Lim, dan AP GRC Sengkang, Profesor Madya Jamus Lim.

Ketua parti, Encik Pritam Singh, dan AP Encik Gerald Giam dan AP Encik Dennis Tan juga dipercayai telah dimaklumkan mengenai dakwaan tersebut.

Ketika ditanya pada Isnin malam mengenai mesej teks yang memaklumkan pemimpin WP mengenai hubungan sulit itu, Encik Singh berkata beliau akan menangani perkara itu “sekali jalan” apabila beliau memberi maklumat terkini kepada media “dalam masa terdekat”.

Encik Singh dan pemimpin parti WP lain telah bertemu di ibu pejabat WP di Geylang pada Isnin untuk membincangkan perkara melibatkan Encik Perera dan Cik Seah itu.

Encik Singh, yang juga Ketua Pembangkang, memberitahu ST bahawa perbincangan oleh CEC WP sedang berjalan.

Anggota CEC WP yang hadir pada mesyuarat itu antara lain ialah Cik Lim; mantan ketua parti, Encik Low Thia Khiang, Encik Giam, Encik Faisal Manap, Encik Dennis Tan, Profesor Madya Lim, Encik Louis Chua dan Cik He Ting Ru.

Encik Perera dan Cik Seah – yang kedua-duanya membentuk 15 anggota CEC WP – tidak hadir.

Klip video selama 15 saat yang dikongsi di media sosial pada Isnin menunjukkan Encik Perera berkongsi detik intim bersama Cik Seah di sebuah kedai makan. Lelaki dalam video itu dilihat mengusap tangan wanita tersebut.

Video itu tidak mempunyai audio, dan tidak diketahui bila atau di mana ia diambil.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >