Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

WP tidak temu bual pemandu Leon Perera kerana tiada sumber lain: Pritam

Aug 02, 2023 | 08:34 PM



Kepimpinan Parti Pekerja (WP) tidak memanggil pemandu mantan Anggota Parlimen (AP) GRC Aljunied, Encik Leon Perera, untuk ditemu bual, selepas menerima mesej daripadanya mengenai hubungan sulit Encik Perera, kata Ketua Pembangkang dan Ketua WP, Encik Pritam Singh, di Parlimen pada Rabu.

Beliau menjawab soalan Encik Vikram Nair (GRC Sembawang) tentang mengapa pemandu itu tidak dipanggil untuk disoal dan sama ada langkah telah diambil untuk melindungi identiti pemandu itu sebagai pemberi maklumat.

“Tiada maklumat sokongan untuk kami sandarkan (dakwaan itu). Tiada sumber lain. Jika salah satu daripada dua kriteria ini wujud, saya rasa pendekatan yang berbeza akan diambil dan kami akan meneliti perkara itu dengan lebih mendalam, melebihi apa yang telah dikongsikan oleh Encik Perera kepada kami,” kata Encik Pritam

Semasa sidang media pada 19 Julai, Encik Pritam telah mengumumkan bahawa Encik Perera dan mantan anggota kanan parti, Cik Nicole Seah, telah meletak jawatan daripada parti, selepas berbohong mengenai hubungan sulit mereka.

Pada Rabu, Encik Nair berkata bahawa biasanya dalam sesuatu organisasi, apabila seseorang menerima maklumat daripada sumber yang boleh dipercayai, maklumat itu akan dianggap sebagai laporan pemberi maklumat.

Langkah kemudian akan diambil untuk melindungi orang itu, yang akan dipanggil untuk ditemu bual, katanya.

Encik Pritam berkata pihaknya perlu mengambil tindakan dengan maklumat yang dikongsi oleh pemandu itu.

“Kami membuat penilaian tentang keadaan maklumat yang diberikan kepada kami dan seperti yang kami dapati orang ini adalah bekas pegawai polis dengan 10 tahun pengalaman.

“Saya menjangkakan seseorang yang rapat dengan Encik Perera mempunyai bukti. Saya menjangka mereka, terutamanya beliau, kerana beliau pemandu (Encik Perera),” kata Encik Pritam.

Mengenai melindungi identiti pemandu sebagai pemberi maklumat, Encik Pritam berkata bahawa pemandu itu telah mendapatkan nombor anggota-anggota WP dan mengedarkan dakwaan itu kepada mereka.

“Saya tidak fikir beliau berminat untuk melindungi identitinya,” kata Encik Pritam.

Menambah, Encik Pritam berkata tidak mendedahkan identiti sumber, tetapi perlu mendapatkan kepastian daripada Encik Perera mengenai maklumat yang diterimanya.

Encik Pritam telah berkata pada sidang media bahawa Encik Perera telah memberitahunya bahawa beliau sedang dalam pertikaian dengan pemandunya, dan akan menamatkan perkhidmatannya. Encik Perera berkata beliau juga telah mendapatkan nasihat undang-undang mengenai dakwaan pemandunya.

“... Encik Perera boleh dijangka tahu siapa individu itu, (apabila saya bertanyanya mengenai perkara tersebut). Tetapi saya tidak dengan sengaja melakukan sesuatu yang jahat ,” kata Encik Pritam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >