Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Zaman sudah berubah, penghantar surat akhbar kongsi cabaran...

Nov 29, 2023 | 01:30 PM



Pada 4 pagi setiap hari, ketika kebanyakan orang masih tidur, Encik Rathnakumar Chokkalingam, 64 tahun, pula sibuk bekerja.

Beliau menunggang motosikalnya dan berjalan sepantas mungkin sekitar kawasan Beach Road, jika cuaca mengizinkan, untuk mengikut jadual padatnya menghantar surat khabar ke pintu rumah pelanggan.

Dikenali juga sebagai Encik Kumar, beliau merupakan salah seorang daripada 390 penghantar surat khabar yang menghantar enam terbitan akhbar syarikat SPH Media, yang kini bergelut dengan masalah berkaitan pendapatan mereka.

Antaranya adalah kos operasi kian meningkat akibat pelbagai faktor seperti harga minyak dan Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) yang melonjak, tatkala jumlah langganan surat khabar dan pengedarannya kian merosot sedang pasaran media digital terus meningkat.

“Pada 1990-an, saya mampu mengupah empat pekerja sambilan dan memandu sebuah van, menghantar sekitar 1,800 naskhah surat khabar setiap hari,” kata Encik Kumar yang telah menyaksikan kenaikan dan penurunan penjualan cetak sepanjang 42 tahun sebagai penghantar surat khabar generasi kedua.

Beliau kini hanya mempunyai seorang pekerja sambilan. Anak bongsunya, Encik Viknesh, 34 tahun, pula adakalanya membantu beliau apabila Encik Kumar sakit.

Mereka menghantar sejumlah 450 naskhah surat khabar kepada pertubuhan seperti Hotel Raffles dan Fairmont Singapore, bangunan pejabat, dan kepada kededua perumahan swasta dan flat HDB di kawasan Victoria Street and North Bridge Road.

Angka itu turun 75 peratus berbanding jumlah yang dihantarnya sebelum ini semasa zaman kegemilangan surat khabar.

Walaupun penjualan cetak kian merosot secara berterusan sepanjang dekad ini, Encik Kumar berkata tamparan besar kepada perniagaan itu adalah pandemik Covid-19.

“Pejabat dan hotel telah mula mengurangkan atau bahkan membatalkan langganan cetak mereka kerana kurang pekerja dan pelanggan yang datang,” kata beliau.

Pada tahap terendahnya, beliau menghantar hanya lebih 100 naskhah surat khabar setiap hari.

Selepas pandemik beransur pulih, banyak daripada pertubuhan itu tidak memperbaharui atau meneruskan langganan mereka, kongsinya.

Namun, kebanyakan pelanggan warga tuanya yang menetap di kawasan perumahan awam seperti Crawford Lane dan Waterloo Street meneruskan langganan mereka dan masih bergantung pada surat khabar fizikal untuk membaca berita, terutama semasa pandemik.

Ini mencerminkan kepentingan akhbar cetak bagi golongan penduduk ini, katanya.

“Remaja mungkin tidak mahu dilihat dengan surat khabar di tangan mereka, tetapi bagi golongan tua, tiada apa yang boleh mengatasi rasa memegang kertas (akhbar) fizikal untuk membaca,” kata beliau.

“Ini bukan tentang faktor nostalgia – masih ada orang yang bergantung pada surat khabar fizikal untuk mendapatkan maklumat mereka.”

Pada Oktober, Persatuan Penghantar Akhbar Singapura dan Persatuan Pengedar Akhbar Singapura – yang mewakili majoriti penjual dan pengedar surat khabar – bertemu untuk membincangkan tentang bagaimana membantu ahli mereka dalam menghadapi masalah itu.

Salah satu cadangan ialah menaikkan harga yuran penghantaran bagi membantu menampung sebahagian kos operasi mereka.

Sejak Oktober 2022, SPH Media telah memberikan subsidi sebanyak $3 sebulan kepada penghantar akhbar bagi setiap penghantaran langsung ke pintu pelanggan.

Penghantar itu juga mendapat komisen sebanyak 25-28 peratus pada langganan, yang termasuk elaun pada hari tertentu untuk terbitan tambahan dan jika saiz surat khabar lebih tebal.

Encik Kumar berasa khuatir sekiranya harga bayaran penghantaran meningkat, golongan warga tua, terutamanya mereka dari isi rumah berpendapatan rendah, mungkin terpaksa membatalkan langganan mereka.

Beliau berpendapat komisen lebih tinggi mungkin adalah penyelesaian lebih baik, tetapi maklum mengenai kesulitan menaikkan komisen tersebut.

Penghantar veteran itu, yang merancang bersara dalam masa lima tahun, berpendapat kerja beliau merupakan pekerjaan semakin pupus.

“Saya bimbang akan penghantar (akhbar) muda yang akan menghadapi kesukaran untuk mencari pekerjaan di sektor lain,” tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >