Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

5 perkara utama yang disampaikan dalam sidang Parlimen

Oct 14, 2025 | 9:28 PM
Bangunan Parlimen.
Bangunan Parlimen. - Foto fail

Berikut lima perkara utama yang dikongsi semasa Sidang Parlimen pada 14 Oktober.

1. Shanmugam: Hindari politik identiti, teguhkan sistem sekular S’pura

Singapura harus sentiasa berwaspada terhadap politik identiti kerana ia boleh meruntuhkan fabrik negara dan golongan minoriti akan paling teruk terjejas, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, Encik K Shanmugam.

Membentangkan kenyataan kementerian selama hampir satu jam di Parlimen pada 14 Oktober, beliau berkata sejauh ini, Singapura berjaya mengelakkan politik identiti untuk bertapak di sini.

Beliau menjelaskan parti pemerintah iaitu Parti Tindakan Rakyat (PAP) tidak gentar mengambil tindakan keras berhubung perkauman dan agama, sungguhpun ia mungkin merugikan parti dalam tempoh jangka pendek.

2. Penipu, anggota sindiket penipuan hadapi hukuman sebat dengan rotan mandatori

Penipu dan anggota sindiket penipuan akan dikenakan minimum enam sebatan dan maksimum 24 sebatan dengan rotan mandatori manakala keldai skim penipuan akan dikenakan rotan mengikut budi bicara atau discretionary caning sehingga 12 sebatan.

Pesalah bagi penipuan tradisional akan turut dikenakan sebatan mengikut budi bicara.

Hukuman sedemikian merupakan antara yang diusulkan di bawah Rang Undang-undang Jenayah (Pindaan Pelbagai) dan dibentangkan buat kali pertama di Parlimen oleh Menteri Negara Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Ehwal Luar), Cik Sim Ann, pada 14 Oktober.

3. Foto intim guna AI, kendali wadah dalam talian edar bahan lucah kesalahan jenayah

Menghasilkan gambar intim tanpa persetujuan, termasuk gambar yang dijana kecerdasan buatan (AI) merupakan satu kesalahan, apabila Rang Undang-undang Jenayah (Pelbagai Pindaan) yang dibentangkan di Parlimen pada 14 Oktober diluluskan.

Rang undang-undang pindaan itu, yang diketengahkan Menteri Negara Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Ehwal Luar), Cik Sim Ann, juga melanjutkan takrifan gambar intim di bawah Kanun Keseksaan untuk meliputi gambar yang dijana AI sintetik.

4. Tribunal Huraian Pertikaian Masyarakat: 65% tuntutan libat kes bising keterlaluan

Kira-kira dua pertiga atau sebanyak 65 peratus daripada 1,031 tuntutan Tribunal Huraian Pertikaian Masyarakat (CDRT) yang difailkan antara 2020 dengan 2024 melibatkan bunyi bising yang keterlaluan, kata Menteri Negara Kanan (Pengangkutan merangkap Undang-Undang), Encik Murali Pillai, di sidang Parlimen pada 14 Oktober.

Menjawab soalan Anggota Parlimen (AP) mengenai saluran pengantaraan masyarakat, beliau berkata tiga pertikaian CDRT yang tertinggi selama tempoh lima tahun yang lalu ialah berkaitan bunyi bising keterlaluan, getaran berlebihan dan pembuangan sampah merata-rata.

5. Masyarakat Melayu/Islam kekal tenang meski jadi mangsa taktik politik identiti GE2025

Masyarakat Melayu/Islam Singapura telah menjadi mangsa taktik politik identiti semasa Pilihan Raya Umum 2025 (GE2025), dan tidak bertanggungjawab bagi kejadian yang telah berlaku, kata Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara merangkap Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam

Beliau menambah bahawa masyarakat Melayu/Islam juga kekal tenang meskipun terdapat percubaan disengajakan untuk membangkitkan sentimen kaum dan agama dalam GE lalu itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg