Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Acara tingkat kesedaran penyakit kulit

Mar 9, 2025 | 5:14 AM
Buku foto yang diterbitkan Rare Skin Conditions Society Singapore dan Debra Singapore, pertubuhan-pertubuhan yang menyokong penyakit kulit jarang berlaku di Singapura.
Buku foto yang diterbitkan Rare Skin Conditions Society Singapore dan Debra Singapore, pertubuhan-pertubuhan yang menyokong penyakit kulit jarang berlaku di Singapura. - Foto RSCS

Dua badan yang menyokong penghidap penyakit kulit di Singapura – Persatuan Penyakit Kulit Jarang Berlaku (RSCS) dan Debra Singapore – akan menganjurkan acara khas kumpul dana pada Mei ini.

Acara The Skin We Wear – A Celebration of Skin & Kin (Kulit Kami – Meraikan Kulit dan Keluarga) itu bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai keadaan kulit yang jarang berlaku serta mengumpul dana bagi menyokong pesakit yang memerlukan rawatan perubatan yang mendesak.

Dalam acara yang berlangsung pada 2 Mei 2025 di One Farrer Hotel itu, satu buku foto yang bertajuk The Skin We Wear akan dilancarkan.

Foto buku itu mempamerkan kisah ketabahan individu yang terjejas oleh gangguan kulit ini, melibatkan kanak-kanak dan dewasa yang hidup dengan keadaan yang mencabar.

Setiap gambar dan cerita yang terkandung dalam buku foto ini bertujuan untuk memberi gambaran tentang kehidupan sebenar mereka yang terjejas oleh penyakit kulit jarang berlaku.

Selain itu, acara itu bertujuan menggalakkan pemahaman, empati, serta sokongan dalam kalangan masyarakat mengenai isu-isu yang dihadapi oleh mereka yang hidup dengan penyakit kulit yang jarang berlaku.

Para peserta boleh menyumbang kepada acara ini melalui pembelian tiket makan malam bermula dari $388.

Dana wang akan disalurkan untuk menampung kos rawatan perubatan

Orang ramai boleh ke laman web https://www.rareskinconditions.org/tsww-2025 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg