Bekas anggota polis didakwa cabul wanita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bekas anggota polis didakwa cabul wanita

Feb 13, 2026 | 4:44 PM

Bekas anggota polis didakwa cabul wanita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Singapore, bekas pegawai polis, ex-cop, cabul, molest, SPF
Mohamad Joppri Harpawi berada di sebuah hotel berhampiran Geylang Road apabila dia didakwa mencium bibir wanita itu. - Foto ST

Seorang inspektor balai daripada Pasukan Polis Singapura (SPF) berada di sebuah hotel apabila dia dikatakan mencabul kehormatan seorang wanita berusia 25 tahun.

Menurut dokumen mahkamah, Mohamad Joppri Harpawi didakwa mencium bibir wanita itu di sebuah hotel berhampiran Geylang Road sekitar 5.30 pagi pada 17 Mac 2024.

Identiti wanita tersebut tidak boleh didedahkan berikutan perintah larangan bersuara bagi melindunginya.

Joppri, 43 tahun, yang meletak jawatan daripada pasukan itu pada Februari 2025, didakwa atas satu tuduhan mencabul kehormatan pada 11 Februari 2026.

Dalam satu kenyataan kepada pihak media pada 12 Februari, polis berkata siasatan dimulakan sebaik sahaja pihaknya dimaklumkan mengenai kesalahan yang didakwa itu.

Dia turut segera dikeluarkan daripada tugas barisan hadapan.

Seorang jurucakap polis berkata para pegawai mesti menegakkan undang-undang serta mengekalkan tahap kelakuan dan prinsip tertinggi.

Polis akan bertindak tegas terhadap pegawai yang melanggar undang-undang, termasuk mendakwa mereka di mahkamah.

Pihaknya tidak dapat mengulas lanjut kerana perbicaraan masih berlangsung.

Kes Joppri akan disebut semula di mahkamah pada 4 Mac.

Bagi kesalahan mencabul, pesalah boleh dipenjara sehingga tiga tahun, didenda, disebat, atau menerima sebarang gabungan hukuman tersebut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg